TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_lcap9%Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_lcap14%Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_lcap78%Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Bunuh Diri Bukan Penyelesaian

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Empty
PostSubject: Bunuh Diri Bukan Penyelesaian   Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeSat Mar 21, 2009 9:43 am

Profil mangsa bunuh diri

Oleh MELATI MOHD ARIFF

Beberapa faktor berisiko dikenal pasti mempunyai kaitan dengan
risiko bunuh diri, antaranya ialah sejarah cubaan bunuh diri,
penyalahgunaan dadah, penyakit fizikal yang kronik, penyakit mental dan
peristiwa hidup yang penting.

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.1




HAKIKAT satu kajian! Daripada 113 kes bunuh diri yang dilaporkan di
Malaysia dalam tempoh Julai hingga Disember 2007, sebanyak 82 kes
melibatkan lelaki dan 41 daripadanya sudah berumah tangga.
Bilangan yang mengejutkan ini didokumenkan oleh Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) untuk tempoh enam bulan itu.
Bagi individu berkenaan, peristiwa hidup yang paling lazim
menghimpit perasaan mereka ialah masalah dengan pasangan intim
masing-masing. Faktor lain seperti masalah kewangan, perundangan dan
yang berkaitan dengan kerja turut mempengaruhi seseorang untuk
'mengambil nyawa sendiri'.
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.2
SEORANG lelaki dan wanita dipercayai membunuh diri di dalam kereta di Ipoh, Perak.



Ini berbeza sekali dengan mangsa bunuh diri wanita. Berdasarkan
analisis gender, sebanyak 16 daripada 31 mangsa yang direkodkan adalah
bujang, sementara sembilan yang lain sudah berkahwin.
"Kebiasaannya, lelaki lebih nekad mahu membunuh diri. Wanita tidak
begitu, jadi mereka masih boleh diselamatkan. Bagaimanapun, trend ini
perlu dikaji dengan lebih mendalam dan diperhatikan untuk tempoh yang
lebih panjang.
"Laporan sulung NSRM ini hanya meliputi tempoh enam bulan," kata Dr. Nor Hayati Ali, penyiasat utama NSRM.
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.3
LELAKI lebih nekad membunuh diri berbanding dengan wanita.



Beliau turut memberi contoh, data dari Amerika dan Taiwan
menunjukkan bahawa bukanlah status 'berkahwin' yang menjadi risiko,
tetapi masalah rumah tangga seperti perpisahan sementara atau
perceraian meningkatkan risiko itu.
Dr. Nor Hayati menjelaskan bahawa data yang terkandung di dalam
laporan NSRM 2007 dikumpul melalui usaha bersepadu melibatkan jabatan
forensik di hospital di bawah Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata, data itu secara beransur-ansur akan diperluas bagi meliputi hospital di bawah Kementerian Pendidikan.
Operasi NSRM
Menurut Dr. Nor Hayati, NSRM ditubuhkan secara rasmi pada awal 2007
untuk mengumpul data kematian akibat 'tindakan mencederakan diri
sendiri secara sengaja dan membawa maut' menerusi rangkaian
perkhidmatan forensik.
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.4
Majoriti mangsa bunuh diri dilapor tidak mempunyai sejarah keluarga penyakit mental



Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.5
DR. NOR HAYATI ALI


Ia melibatkan pelbagai peringkat kakitangan di jabatan forensik atau
unit masing-masing dan kes akan disahkan oleh Pakar Perubatan Forensik.
"Pengumpulan data yang dibuat pada 2007 adalah cubaan awal," jelasnya.
Beliau juga berkata, projek NRSM ini dapat diusahakan setelah
menerima peruntukan penyelidikan daripada Kementerian Kesihatan pada
tahun yang sama. Ia ditaja oleh Perkhidmatan Perubatan Forensik serta
Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. Kepakaran teknikal pula
disediakan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).
Pada tahun 2008, Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan
menyertai usaha ini untuk melakukan penyelidikan lanjut dalam bidang
berkaitan.
"Matlamat NSRM adalah menyediakan statistik lengkap bunuh diri di
Malaysia dengan mewujudkan satu sistem di seluruh negara bagi merekod
data mengenai mangsa bunuh diri di negara ini.
"Maklumat itu penting bagi pengendalian urusan kesihatan dan
mengenal pasti bidang yang perlu diberi perhatian oleh penyedia
perkhidmatan kesihatan," kata Dr. Nor Hayati yang juga Pakar Perunding
Psikiatri dan Ketua Jabatan, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental,
Hospital Kajang.
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.6
SEBANYAK 88 peratus ‘Meninggal Dunia Ketika Dibawa’ oleh polis untuk bedah siasat.



Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Ru_01.7



Analisis data
Menurut Dr. Nor Hayati, berdasarkan 113 kes yang didokumen oleh
NSRM, kebanyakan mangsa bunuh diri (95 orang atau 87 peratus) ialah
rakyat Malaysia, sementara selebihnya orang asing termasuk warganegara
Nepal (3), Indonesia (6), Filipina (1), Singapura (1) dan Myanmar (1).
Dalam kalangan rakyat Malaysia, katanya, kaum Cina paling ramai
membunuh diri iaitu 47 orang atau 43 peratus, India (31 orang atau 27
peratus) dan Melayu (12 orang atau 11 peratus), diikuti kumpulan
pribumi dari Malaysia Timur (sembilan orang atau lapan peratus) dan
lain-lain (10 orang atau sembilan peratus).
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa angka-angka yang dipetik itu adalah 'angka mutlak' yang tidak setepat 'kadar bunuh diri'.
Menurutnya lagi, data daripada penyelidikan terdahulu secara
konsisten menunjukkan kadar bunuh diri paling tinggi dalam kalangan
masyarakat India, ekoran daripada kes bunuh diri yang tinggi di sebalik
jumlah penduduknya yang lebih kecil.
"Kadar bunuh diri hanya boleh dikira apabila kita mempunyai data
untuk satu tahun penuh yang NSRM boleh sediakan daripada data 2008,"
katanya.
Dr. Nor Hayati memberitahu berdasarkan Laporan NSRM 2007, majoriti
mangsa bunuh diri (57 peratus) ialah mereka yang bekerja, sementara 27
peratus lagi menganggur.
Selebihnya, sama ada bekerja separuh masa atau pekerja sambilan,
bersara, menerima pencen ilat, sementara tiga peratus lagi adalah suri
rumah.
Tambahnya, analisis NSRM seterusnya menunjukkan sembilan pelajar
(enam perempuan dan tiga lelaki) turut termasuk dalam kalangan 113
mangsa bunuh diri.
"Hanya seorang Melayu, berusia 22 tahun sementara yang lainnya, lima
berketurunan India, dua Iban dan seorang Murut (umur antara 12 hingga
17 tahun) terlibat dalam kes bunuh diri.
"Masalah sekolah dikatakan menjadi punca bunuh diri dalam dua kes
tersebut, masalah pasangan intim (dua kes), sementara yang lainnya,
tidak ada sebab yang dikenal pasti," tambahnya.
Kata beliau, daripada 113 kes bunuh diri, sebanyak 88 peratus
'Meninggal Dunia Ketika Dibawa' (BID) oleh polis untuk pemeriksaan
bedah siasat, 11 peratus meninggal dunia di wad dan satu peratus
meninggal dunia di Jabatan Kecemasan.
"Mereka yang meninggal dunia di wad dan unit kecemasan ialah mereka
yang melalui proses pemulihan semula (resusitasi) dan kebanyakan
daripada kes ini menggunakan kaedah pengambilan racun.
"Mereka tidak menemui ajal serta-merta dan dihantar ke hospital oleh
waris mereka. Bagaimanapun, akibat komplikasi tindakan membunuh diri
itu, organ penting di dalam tubuh mereka gagal berfungsi dan ini
menyebabkan mereka meninggal dunia," jelasnya.
Kesan negatif pelabelan
Menurutnya, kajian mengenai stigma mencadangkan bahawa reaksi
terhadap orang lain serta peminggiran masyarakat yang berpunca daripada
pelabelan negatif bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental
adalah penting.
Tambahnya, keengganan dilabel sebagai 'sakit mental' mungkin
menjelaskan mengapa hanya 7.1 peratus mangsa bunuh diri dilapor
mengidap sakit mental, mengalami kemurungan (dua mangsa) dan seorang
mengidap skizofrenia.
"Meskipun sesetengah pemberi maklumat menyedari mangsa suka
menyendiri atau 'tidak boleh bekerja dengan betul' sebelum kematian
mereka, mangsa didapati tidak mendapatkan sebarang rawatan formal
psikiatri," katanya.
Selain itu, majoriti mangsa bunuh diri dilapor tidak ada sejarah keluarga penyakit mental.
Beliau menjelaskan bahawa bagi penyakit fizikal, kajian di Amerika
Syarikat menunjukkan hubungan kuat wujud antara penyakit 'terminal'
atau yang boleh membawa maut dengan membunuh diri. Bagaimanapun,
menderita penyakit terminal bukanlah punca yang mencukupi untuk
membunuh diri.
Kumpulan individu berkenaan, kata Dr. Nor Hayati, mengalami
kemurungan, berpunca akibat dipinggirkan masyarakat dan tekanan
menghidap penyakit terminal.
"Meskipun NSRM cuba bertanyakan kepada pemberi maklumat berhubung
kehadiran penyakit fizikal, ia hanya dilaporkan dalam 6.2 peratus kes
dan itu pun sebenarnya penyakit kronik, contoh diabetes dan penyakit
jantung," katanya. - Bernama
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
apai_chey
Technical Manager
Technical Manager
apai_chey


Male
Posts : 3659
Age : 40
Location : PCI bus 0, device 20, function 2
Status : Unknown Device
Joined : 2008-11-25

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Empty
PostSubject: Re: Bunuh Diri Bukan Penyelesaian   Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeWed Mar 25, 2009 8:37 pm

banyak lagi jalan selain bunuh diri.. istifarlah banyak2
Back to top Go down
http://www.telatah.com
kudakulari
Manager
Manager
kudakulari


Male
Posts : 3080
Age : 39
Location : kuala rompin
Status : bujang
Joined : 2009-03-13

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Empty
PostSubject: Re: Bunuh Diri Bukan Penyelesaian   Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeThu Mar 26, 2009 1:40 am

istifarlah banyak2.. jangan ikut kan sngat perasaan 2..
Back to top Go down
michiru
Secretary
Secretary
michiru


Female
Posts : 1257
Age : 39
Location : kuala lumpur
Status : sedang bagi singa mkn..
Joined : 2009-05-14

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Empty
PostSubject: Re: Bunuh Diri Bukan Penyelesaian   Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitimeMon May 18, 2009 12:35 pm

ya allah tetapkan hati ku dn keluarga ku dan peliharalah diriku dan keluargaku daripada godaan syaitan yang merosak ini...
amin...
Back to top Go down
Sponsored content





Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Empty
PostSubject: Re: Bunuh Diri Bukan Penyelesaian   Bunuh Diri Bukan Penyelesaian I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Bunuh Diri Bukan Penyelesaian
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» bukan beg jer org nak design
» ini bukan menari la
» Bukan kapal angkasa
» Bukan tengkorak Hitler
» Pelajar tak senonoh diminta dedahkan diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar & Berita-
Jump to: