HomeFAQSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 1:17 am by laquthaddljfyld

» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 12:15 am by laquthaddljfyld

» tanda tanda awal jatuh cinta
Sun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Thu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Thu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Thu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Sun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Sun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
9%
 9% [ 5 ]
Biasa
14%
 14% [ 8 ]
Menarik
78%
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

Share | 
 

 Kelibat hitam mengekori bot

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager


Male
Posts : 3837
Age : 32
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

PostSubject: Kelibat hitam mengekori bot   Mon Jul 27, 2009 11:02 am

Kelibat hitam mengekori bot

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID & FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku sebarang insiden
kecederaan serius disebabkan ikan besar arapaima di Tasik Kenyir. Isu
yang lebih membimbangkan adalah tentang ancaman keseimbangan populasi
ikan tempatan.






MADZIAH MOHD. LADA, 39, tidak sekali-kali berdendam kepada ‘naga’
yang dikaitkan dengan insiden suaminya, Allahyarham Aladi Hassan,
anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di
Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini.
Dia yakin pada ketentuan takdir dan juga hasil siasatan mengenai
punca kematian suaminya itu. Laporan menunjukkan bahawa tangki oksigen
yang digunakan suaminya tercabut apabila tali pengikat pada badan
tersangkut pada tunggul kayu di dalam tasik tersebut.

ARAPAIMA ini boleh disaksikan di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.


Namun, peristiwa itu sedikit sebanyak membuka mata terhadap ‘yang
tertuduh’ iaitu ikan naga atau arapaima. Spesies ikan air tawar
terbesar yang berasal dari Sungai Amazon itu dilabelkan sebagai
‘pendatang’ yang memberi ancaman.

MEREKA yang sering
berurusan di Tasik Kenyir percaya bahawa terdapat ikan sepanjang saiz
bot yang sudah lama menghuni dasarnya.


Bukan sahaja ditakuti mengancam keselamatan manusia, malah ikan yang
boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan 200 kilogram berat itu
mampu menjejaskan rantaian ekologi dan pembiakan spesies ikan tempatan
di Tasik Kenyir.
“Kita bimbang kehadiran arapaima memberi kesan terhadap keseimbangan
populasi spesies ikan lain. Mungkin ia belum mula membiak buat masa
ini.




“Namun, kalau ada seekor dua yang semakin membesar, keperluan
pemakanannya juga bertambah,” kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri
Terengganu, Munir Mohd. Nawi.
Menurut Munir, semua usaha jabatannya bermula daripada aduan dan
maklumat yang diterima daripada orang ramai khususnya
pengusaha-pengusaha calet di Tasik Kenyir yang mendakwa ada ternampak
kelibat arapaima.
“Berikutan aduan itu, kami telah menjalankan usaha memantau keadaan dan memikirkan kaedah ideal untuk menangkap ikan itu.
“Bagaimanapun, selepas hari kesembilan pemantauan (sehingga Rabu
lalu), masih belum ada sebarang petanda mengenai kewujudan arapaima.
Alat-alat tangkapan seperti pukat dan kail juga belum berhasil,”
jelasnya sambil menambah, walaupun usaha itu menemui jalan buntu,
operasi pemantauan tetap diteruskan.

RUMAH bot seperti ini menjadi kegemaran para pemancing tegar.


Habuan RM10,000
Munir juga ditanya sama ada terdapat kemungkinan kelibat ikan besar seperti yang didakwa pengusaha calet itu spesies ikan lain.

ANTARA pemancing tegar yang mencuba nasib di Tasik Kenyir pada 5 Julai lalu.


“Kalau bukan arapaima, kemungkinan ikan tempatan terbesar di Tasik
Kenyir yang menghampiri saiznya adalah ikan tapah. Ia juga mempunyai
ciri pemangsa karnivor yang suka menyambar makanannya.
“Toman pula, walaupun mempunyai reputasi ikan ganas di kalangan pengail, ia tidak sampai ke saiz itu,” terang Munir.

IKAN tapah (Wallago attu)
yang juga bersifat karnivor dikatakan mempunyai saiz yang menyaingi
arapaima yang berusia dua tahun. - Gambar hiasan


Sejak kerajaan negeri mengumumkan hadiah bernilai RM10,000 bagi
sesiapa yang dapat menangkap hidup-hidup arapaima di Tasik Kenyir, ia
telah mencetus semangat pemburu di kalangan mereka yang tertarik dengan
ganjaran tersebut.

KETENANGAN permukaan air di Tasik Kenyir menyimpan pelbagai rahsia yang belum berjaya dibongkar.






Misalnya, pada 5 Julai lalu, sekumpulan pengail tegar telah ke tasik
buatan terbesar Asia Tenggara itu untuk mencuba nasib. Namun, sehingga
lewat petang, pencarian itu tidak membuahkan hasil.
Kekecewaan itu turut dirasakan seorang pemandu bot pelancong, Azman
Mohd, 30, yang mendakwa sebelum ini pernah melihat kelibat ikan sebesar
pemeluk dan sepanjang kira-kira 2.4 meter ketika memancing di Sungai
Beruas.
“Saya menggunakan tali setebal 22 milimeter dan dawai elektrik
sebagai mata kail serta anak ikan haruan sebagai umpan bagi menangkap
dan mengikatnya di sebatang pokok. Tapi ikan itu berjaya melepaskan
diri selepas pokok itu patah,” katanya.
Entah benar atau tidak tentang kewujudannya. Namun, bagi sejumlah
penduduk kampung dan pengunjung yang sering berulang-alik ke tiga kuala
sungai di Tasik Kenyir, iaitu Sungai Petuang, Sungai Tembat dan Lata
Terap, mereka bertegas ikan naga yang disebut-sebut itu memang wujud.
“Ia aktif kelihatan sejak dua hingga tiga tahun lalu. Ia timbul di
permukaan di satu-satu tempat untuk beberapa tempoh,” kata seorang lagi
pemancing, Sabri, yang nyata tertarik dengan tawaran itu.
Boleh sentuh dengan kayu
Dia mendakwa pernah ternampak kelibat arapaima beberapa kali di kuala Sungai Petuang.
“Dari jauh nampak hitam saja. Tapi dari dekat nampak sisiknya yang hijau keemasan itu. Beratnya kira-kira 50 kilogram,” katanya.
Tambah Sabri, kawannya pernah terserempak dengan ikan itu di Lata
Terap. Dalam sebulan juga dia timbul di situ. Beratnya di antara 100
hingga 180 kilogram!
“Walaupun saiznya begitu, tak mungkin ia makan atau bunuh orang. Ia
jinak. Kawan saya cuba sentuh dengan kayu, ia diam saja. Yang kami
nampak, ikan itu bermain-main dengan ikan kecil yang lain. Macam ikan
lumba-lumba.
Sabri mengaku bahawa keterujaan terhadap ikan naga itu bermula
dengan rujukan melalui pembacaan, penceritaan orang kampung dan sumber
daripada Universiti Terengganu Malaysia.
Tambahnya, dia dan teman-teman kini dalam usaha untuk merakam kelibat ikan itu.
“Tak ramai berani bawa kamera di atas bot. Mereka bimbang terjatuh
ke dalam air. Jadi kami sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan
rakaman itu untuk membuktikan ikan itu benar-benar wujud di tasik ini.
Cuma sehingga sekarang, rezeki belum menyebelahi kami,” kata Sabri.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tasik Kenyir minggu lalu turut
diberitahu seorang pemandu bot tentang khabar kelibat hitam dalam air
yang suka mengekori bot.
“Mungkin itulah arapaima yang ‘mesra’. Saya sudah lama mengendali
bot di sini, tetapi belum berpeluang terserempak dengan pengalaman
seperti itu.
“Baik dipantau dari atas bot atau tanah tinggi pada waktu pagi atau
petang, ia langsung tidak kelihatan,” katanya yang hanya mahu dikenali
sebagai Ahmad.
Ahmad berpendapat, kalau pun benar arapaima dilepaskan ke Tasik
Kenyir oleh pemilik asal yang tidak mampu lagi menampung saiznya di
akuarium, ikan itu tentu tidak liar kerana sudah biasa didampingi
manusia yang memberikannya makanan selain sifat semula jadi ikan itu
yang lembut.
“Sepanjang saya bertugas di sini, belum ada lagi kes ikan besar yang menyerang, mencederakan atau membunuh manusia.
“Bomba itu (Aladi) pun kita sudah tahu tentang punca kematiannya. Arapaima bukan penyebabnya,” kata Ahmad.
Sebuah rahsia
Kedatangan Jurnal ke Tasik Kenyir disedari seorang pemuda yang
kemudiannya mendekati dan mahu memberitahu sesuatu. Enggan mendedahkan
namanya, dia membisikkan sebuah rahsia.
“Beberapa tahun lalu terdapat pengusaha resort di tasik ini yang
memelihara ikan naga di dalam sangkar untuk dijadikan hiasan dan
tarikan penginapan.
“Tetapi, apabila resort itu tidak lagi beroperasi dan ikan itu pula
semakin membesar, ia dilepaskan saja ke tasik ini,” ujarnya.
Kalau kata-kata pemuda itu bukan suatu pembohongan, mungkin itulah
antara sedikit penjelasan yang logik tentang bagaimana spesies asing
itu boleh berada dalam Tasik Kenyir.
Sama ada kewujudannya diragui, atau memang terdapat arapaima yang
sedang ‘gembira’ berenang-renang di dasar Tasik Kenyir, banyak pihak
kini memerhatikan perkembangannya.
Walau apa pun keburukan yang dikaitkan dengannya, cerita ikan naga
tidak akan menjauhkan para pelancong daripada mengunjungi tasik
tersebut seperti yang dikhuatiri sesetengah pihak.
Hakikatnya cerita tentang arapaima, tapah mahupun naga, akan menjadi
sebahagian daripada nilai misteri dan tarikan kejadian alam di Tasik
Kenyir.
Sehingga kisah ini disiarkan, tawaran ganjaran RM10,000 itu masih menunggu pemenangnya.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Tue Jul 28, 2009 1:43 am

ikan besarn kan
Back to top Go down
michiru
Secretary
Secretary


Female
Posts : 1257
Age : 31
Location : kuala lumpur
Status : sedang bagi singa mkn..
Joined : 2009-05-14

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Wed Jul 29, 2009 1:13 pm

peh kalau michi nie sekali jek dia ngap.. Shocked
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Thu Jul 30, 2009 11:47 pm

ikan besar kan
Back to top Go down
kudakulari
Manager
Manager


Male
Posts : 3087
Age : 32
Location : kuala rompin
Status : bujang
Joined : 2009-03-13

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Fri Jul 31, 2009 5:46 am

ikan ni baik la..
Back to top Go down
cksaira
Executive
Executive


Female
Posts : 868
Age : 32
Location : bahaw, klang gate
Status : mOmmy-to-be =)
Joined : 2009-02-18

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Fri Jul 31, 2009 11:47 am

yela baik sgt kuda.. mcmla ko knl lame ngn die.. huhuhu
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
kudakulari
Manager
Manager


Male
Posts : 3087
Age : 32
Location : kuala rompin
Status : bujang
Joined : 2009-03-13

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Sat Aug 01, 2009 2:17 am

aku knal la.. dulu kecik jek.. umo baru 11 taun..
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Sat Aug 01, 2009 12:27 pm

ikan besar kan
Back to top Go down
kudakulari
Manager
Manager


Male
Posts : 3087
Age : 32
Location : kuala rompin
Status : bujang
Joined : 2009-03-13

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Thu Oct 08, 2009 5:30 am

aah la
Back to top Go down
nurulshafika2692
Executive
Executive


Female
Posts : 3436
Age : 24
Location : Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Status : single and available (nak berkenalan??????)
Joined : 2009-06-20

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Thu Oct 08, 2009 5:12 pm

abg kuda g tangkap kan ikan ni untuk camping nti ye...
Back to top Go down
http://www.nurulshafikaahmad.blogspot.com/
Teddy89
Executive
Executive


Female
Posts : 1102
Age : 27
Location : DOWNTOWN CHERAS
Status : belum ada kawan
Joined : 2009-08-14

PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Sun Oct 11, 2009 12:47 pm

klau ada ganjaran wet...laju je yg nk pegi tangkap
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Kelibat hitam mengekori bot   Today at 10:23 am

Back to top Go down
 
Kelibat hitam mengekori bot
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Lawak :: Haiwan-
Jump to: