HomeFAQSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 1:17 am by laquthaddljfyld

» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 12:15 am by laquthaddljfyld

» tanda tanda awal jatuh cinta
Sun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Thu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Thu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Thu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Sun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Sun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
9%
 9% [ 5 ]
Biasa
14%
 14% [ 8 ]
Menarik
78%
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

Share | 
 

 Sarimah sudah puas menangis!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager


Male
Posts : 3837
Age : 32
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

PostSubject: Sarimah sudah puas menangis!   Wed Jul 29, 2009 11:01 am

Sarimah sudah puas menangis!

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

"Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah
menangis sepuas-puasnya dan apabila berada di tempat kerja, saya akan
melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku" SARIMAH






TIGA tahun tempoh yang terlalu singkat, namun dalam tempoh itulah
juga pengacara Sarimah Ibrahim sempat berkasih-sayang dan bahagia
bergelar isteri kepada lelaki mualaf, Amir Andrew Abdullah.
Apabila rumah tangga yang dibina selepas bercinta hampir sembilan
tahun berkecai Disember tahun lalu, tiada apa yang boleh dikatakan
wanita berdarah Melayu-Ireland itu selain menangis kesedihan.
Namun, Sarimah yang sentiasa nampak ceria di depan kaca televisyen
bijak menyembunyikan kisah cerainya itu kerana dia menyimpan segala
dukanya seorang diri.
"Semasa bercerai, jadual kerja saya sangat sibuk dan ketika itu saya
sibuk dengan Diari Akademi Fantasia, jadi saya dapat lupakan kesedihan
dan memberi tumpuan kepada kerja.
"Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah menangis
sepuas-puasnya dan apabila berada di tempat kerja, saya akan
melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya tak mahu
orang melihat saya bersedih," ujarnya.

MENYIBUKKAN diri dengan kerja mampu membuatkan dia melupakan segala duka.



Seperti mana wanita yang lain, penceraian juga amat perit buatnya
dan meskipun kini sudah genap enam bulan hidup sendirian, jujur dia
mengakui masih tidak dapat menyesuaikan diri.
Katanya, bukan mudah untuknya menerima hakikat yang kini dia bukan
lagi isteri orang. Malah, jika bersendirian di rumah, jiwanya mudah
sahaja runtun mengenangkan bekas suami dan kehidupan sendiri yang bakal
dilewati.
"Saya dan bekas suami masih lagi berkawan, jadi bila duduk sendirian
pastinya teringat balik kepada memori yang dulu. Bila tersedar itu
realiti saya akan sedih, tetapi saya bersyukur kerana apabila kerja
banyak saya dengan mudah lupakan semua perkara yang sedih. Saya juga
terkejut, apabila saya bertukar status tiba-tiba sahaja rezeki datang
mencurah-curah, tidak menang tangan saya dibuatnya," ungkapnya lagi.
Meskipun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi, Sarimah mengakui
tiada sebarang perasaan dendam ataupun benci terhadap bekas suaminya.

SENYUMAN dilemparkan bagi menyembunyikan kedukaan.



Bagaimanapun dia mengakui status perceraian membuatkan dia sedikit
kekok untuk berkawan dengan bekas suami memandangkan kini segalanya
berbeza.
"Tidak ada perasaan benci atau dendam. Tapi saya akui, memang agak
kekok juga sebab kami bukan lagi suami isteri, ada batasannya. Bagi
saya, cara yang terbaik untuk terus berkawan dengannya ialah cuba
menjarakkan diri daripada dia.
"Saya juga sentiasa berharap dia akan jumpa wanita yang sesuai dan jodoh mereka akan panjang," luahnya jujur.
Dalam pada itu, Sarimah akui, kehadiran Ramadan tidak lama lagi
pasti sedikit sukar buat dirinya kerana perlu menyambutnya tanpa
ketiadaan seorang lelaki bernama suami di sisi.
"Saya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebenarnya. Bila
dah terbiasa duduk bersama, pasti terasa lain. Mungkin bulan puasa
nanti, saya akan sentiasa berbuka puasa bersama keluarga dan
kawan-kawan. Keluarga juga sudah tinggal dengan saya sekarang," katanya.
Tangkap Muat
Bercakap soal status janda, wanita berusia 31 tahun ini tidak
menganggap ia sebagai satu bebanan cuma kini, dia masih belum bersedia
untuk menerima lelaki baru dalam hidupnya.
"Semua rakan-rakan dan keluarga cukup memahami keadaan saya.
Lagipun, saya bukannya terlalu membesar-besarkan tentang hal perceraian
ini. Bagi saya tidak semua orang bernasib baik dalam hubungan rumah
tangga, ada orang jodohnya panjang dan ada pula yang tidak.
"Sudah menjadi adat, bila sudah kembali solo, ramai juga yang sering
bertanya sama ada saya sudah ada 'orang baru' atau tidak. Saya rasa,
saya kena bercinta dengan diri sendiri dulu, baru boleh bercinta dengan
orang lain.
"Buat masa ini, lebih baik fokus pada kerja saja kerana kalau nak
bercinta pun tidak sesuai sebab saya ni sibuk sangat," bicaranya sambil
tertawa.
Selain sibuk di depan kaca televisyen, nampaknya kini, Sarimah mula berjinak-jinak pula dengan kerja-kerja belakang tabir.
Buat pertama kalinya, dia bukan sahaja menjadi pengacara bahkan
turut menjadi pembantu penerbit dalam program terbaru terbitan Astro
yang berjudul Tangkap Muat.

SARIMAH mengakui kehidupan sendirian memang mencabar.



Program yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi itu benar-benar menguji kemampuannya melakukan dua kerja sekali gus.
"Sebelum ini, saya buat skrip sahaja, tidak terlibat dengan kerja yang lain. Tetapi kali ini dalam Tangkap Muat programnya
sedikit berbeza, ia sebuah program yang akan mengubah penampilan
seseorang, senang cakap 'make-over'. Saya turut terlibat dari segi
konsep dan skrip program ini.
"Apa yang menariknya, program ini setiap peserta akan diubah pakaian
atau pun rambut. Semua perubahan itu akan dilakukan oleh dua orang
perunding iaitu Zulfazli dan pereka fesyen, Rizalman.
"Dalam program sebanyak 13 episod ini, peserta-peserta juga bukan hanya terhad kepada wanita, tetapi lelaki juga," katanya.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
ilhamhainy
Manager
Manager


Female
Posts : 1342
Age : 41
Location : JBI
Status : married
Joined : 2009-02-11

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Wed Jul 29, 2009 11:35 am

banyak sangat kes cerai.sebab dia artis semua org tahu..
Back to top Go down
aura
VIP
VIP


Male
Posts : 315
Age : 40
Location : TANJUNG
Status : nikah dah
Joined : 2009-03-05

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Wed Jul 29, 2009 2:07 pm

ada chance la aku!!!
Back to top Go down
carlbella
Assistant Manager
Assistant Manager


Male
Posts : 202
Age : 41
Location : Bandar Tun Abdul Razak, Pahang
Status : Married
Joined : 2009-01-17

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Thu Jul 30, 2009 3:52 am

ada peluanglah aku nak shot wedding dia nanti..hehehehe
Back to top Go down
http://www.carlbella69.com
terebai
Executive
Executive


Male
Posts : 941
Age : 30
Location : bintulu
Status : single
Joined : 2009-02-27

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Thu Jul 30, 2009 5:49 pm

dah x lawa gi dah benda tu ...
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Thu Jul 30, 2009 7:28 pm

tak lawa pon di sosah yo la
Back to top Go down
aura
VIP
VIP


Male
Posts : 315
Age : 40
Location : TANJUNG
Status : nikah dah
Joined : 2009-03-05

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Fri Jul 31, 2009 10:29 am

benda tu mana ada lawa? huduh....
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Sat Aug 01, 2009 12:09 am

yo ko
Back to top Go down
mfarishlando
Marketing Exec.
Marketing Exec.


Male
Posts : 5348
Age : 37
Location : malacca
Status : married
Joined : 2009-08-01

PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Mon Aug 10, 2009 12:49 pm

Uissshhhh kalo jaga lawaaaaaa....smapi bila2...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Sarimah sudah puas menangis!   Today at 6:28 pm

Back to top Go down
 
Sarimah sudah puas menangis!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Artis-
Jump to: