HomeFAQSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 1:17 am by laquthaddljfyld

» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 12:15 am by laquthaddljfyld

» tanda tanda awal jatuh cinta
Sun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Thu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Thu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Thu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Sun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Sun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
9%
 9% [ 5 ]
Biasa
14%
 14% [ 8 ]
Menarik
78%
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

Share | 
 

 Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager


Male
Posts : 3837
Age : 32
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

PostSubject: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Thu Aug 06, 2009 1:18 pm

Revolusi perisian sekuriti

Oleh ADHAM SHADAN dan AQMAR ALLADAD
rencana@kosmo.com.my

Selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun ia telah dilengkapi perisian-perisian antivirus?





DALAM masa yang terdekat ini, satu revolusi dijangka akan tercetus
dalam industri perisian antivirus komputer. Anda bakal boleh
mengoperasikannya tanpa perlu sambungan Internet dan tidak perlu
mengemas kini perisian dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, kebanyakan pengeluar perisian antivirus komputer
menyifatkan ia seperti tidak akan berlaku. Bagi mereka, adalah mustahil
untuk sesuatu perisian antivirus itu bersifat stand alone atau beroperasi secara di luar talian Internet (offline) sepenuhnya.
Ia dianggap sukar untuk berlaku kerana produk antivirus konvensional
mengesan atau mengimbas virus apabila ancaman itu berada di dalam
memori capaian rawak (RAM) komputer. Kenyataan bahawa virus atau
ancaman-ancaman seumpamanya turut disebar menerusi laman web Internet
dan e-mel, maka sambungan ke Internet dilihat sebagai keperluan bagi
mengesan kewujudannya.
Berdasarkan mekanisme biasa juga, produk antivirus konvensional
mengesan virus-virus atau kolektifnya digelar 'malware', dengan
menghubungkannya pada pangkalan data virus yang dibina syarikat
pengeluar produk berkenaan. Ini juga perlu dilakukan dengan mengakses
Internet.
Sebelum ini juga, perisian antivirus perlu dikemas kini selalu atau
secara berkala kerana realitinya virus-virus terus terbentuk dari
semasa ke semasa. Pakar-pakar teknologi menganggarkan
sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke
Internet setiap bulan. Maka, jika anda tidak melakukan kemas kini, anda
mungkin tidak boleh mendapatkan 'ubat' bagi melindungi komputer anda
daripada serangan virus terbaru.
Tetapi, itupun bergantung kepada sejauh mana syarikat pengeluar
produk antivirus anda 'mengenali' virus berkenaan. Jika mereka tidak
mengenalinya, perlindungan komputer anda untuk diselamatkan daripada
virus tersebut mungkin sifar.
Produk antivirus konvensional memerlukan capaian ke pangkalan data virus sedia ada kerana mereka menggunakan kaedah signature
atau padanan untuk mengesan virus. Dalam erti kata lain, sekiranya
virus tersebut baru atau tidak dikenali, maka ia mungkin tidak dapat
membantu pengguna. Justeru, timbul persoalan selamatkah komputer kita
daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun telah
menggunakan perisian-perisian antivirus?
Memang ada kaedah lain yang digunakan untuk mengesan virus terbaru seperti heuristic, namun kaedah itu tidak semestinya berkesan.
Bagi sesetengah orang proses mengemas kini agak melecehkan dan
mengambil masa. Lebih buruk, jika ia menyebabkan operasi komputer
menjadi perlahan.

SEBAGAI perlindungan optimum,
pengguna seharusnya melindungi komputer mereka dengan produk antivirus
yang mampu menghapuskan virus yang sudah dikenali dan virus baru yang
tidak dikenali. - Gambar hiasan



Namun begitu, sebuah syarikat Ikonasoftware AG sudah membuktikan
bahawa perkara yang dianggap mustahil itu boleh direalisasikan.
Syarikat milik bumiputera Malaysia
yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland itu bakal melancarkan
produknya yang dinamakan Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan
Malware) tidak lama lagi. Didakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.

MOHAMAD RAZALI menerangkan mengenai
produk antivirus tanpa menggunakan talian Internet, Ikona MAPS di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.



Di peringkat global, syarikat ini berpangkalan di Switzerland manakala ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di negara ini.

PRODUK antivirus Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana ciri kelainan yang ditawarkan.


"Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS)
mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang
mereka salah," kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh
ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.




"Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di
negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah
menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap
mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara
Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam
bidang militari," tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona
sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma,
bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.
Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya
menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna,
Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali.
"Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang
kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya. Ikona boleh
membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak
dikenali," katanya.
"Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah
memfokuskan agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi
data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus
apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi,"
katanya.
Menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi
muat turun dan fungsi salinan. Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti
automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau
rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu
storan dan cakera padat.
Instalasi Ikona juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive)
berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk
antivirus konvensional. Ini kerana, kata Mohamad Razali, ia bagi
mengelak sebarang bentuk penyalinan.
Semasa instalasi, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan
perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9
minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.
"Ikona juga boleh diadaptasikan menurut kehendak pihak pengurusan
sesuatu pejabat yang tidak membenarkan penggunaan internet, komunikasi
secara talian atau pengaliran keluar-masuk data dalam kalangan
pekerjanya," katanya.
Ikona MAPS bakal boleh didapati pada harga di antara RM150 hingga RM500.
"Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana belum ada
pesaing yang menawarkan perisian yang berciri sepertinya," kata Mohamad
Razali sambil memberitahu pihaknya telah melakukan demonstrasi ujian
produk di salah sebuah kementerian di negara ini, baru-baru ini.
Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai produk tersebut dan
insan-insan di sebalik pembuatannya, Mohamad Razali berkata, ia hanya
akan didedahkan apabila produk itu dijangka dilancarkan dalam
pertengahan bulan ini.
Kepada pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Ikonasoftware bolehlah menghubungi talian 03-2164 0218.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
ilhamhainy
Manager
Manager


Female
Posts : 1342
Age : 41
Location : JBI
Status : married
Joined : 2009-02-11

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Thu Aug 06, 2009 2:36 pm

bangga tol dgn rakyat malaysia ni..
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Thu Aug 06, 2009 7:08 pm

virus hary poter
Back to top Go down
kudakulari
Manager
Manager


Male
Posts : 3087
Age : 32
Location : kuala rompin
Status : bujang
Joined : 2009-03-13

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Fri Aug 07, 2009 7:19 am

nak cipta gak lah..
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Sat Aug 08, 2009 1:17 am

virus kuda
Back to top Go down
haffistech
New Staff
New Staff


Male
Posts : 19
Age : 30
Location : pasir gudang
Status : single
Joined : 2009-01-17

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Mon Jan 18, 2010 8:10 pm

barulah btul rakyat malyasa..
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Tue Jan 19, 2010 6:16 pm

tul tu abg kereta
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive


Male
Posts : 2507
Age : 44
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Wed Jan 20, 2010 10:08 am

x de virus jawabnya x de bisnes laa...sapa yg cipta virus ni? diaorg gak..
Back to top Go down
sham_j80
VIP
VIP


Male
Posts : 113
Age : 36
Location : johor the great
Status : married
Joined : 2009-03-19

PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Wed Jan 20, 2010 2:28 pm

betul tu zmrbd...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti   Today at 12:18 am

Back to top Go down
 
Ikonamaps Revolusi perisian sekuriti
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Sains & Teknologi-
Jump to: