Tidur nyenyak di stesen kereta apiKITTLER ditinggalkan oleh rakan-rakannya di sebuah stesen kereta api dekat Warngau.
BATANG kayu yang dipenuhi teritip itu mempunyai
'belalai-belalai kecil'.
WARNGAU - Seorang pemuda, Gerle Kittler terkejut besar apabila dia
yang tersedar daripada tidur dan mendapati dirinya berada di atas
sebuah sofa di sebuah stesen kereta api lebih enam kilometer dari
rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa anggota polis yang meronda di sini turut hairan apabila
melihat dia tidur dengan nyenyak di platform stesen kereta api itu.
Dia kemudian dikejutkan untuk disoal siasat.
Kittler, 25, sebenarnya menjadi mangsa gurauan beberapa rakannya
selepas dia tertidur di atas sofa semasa menghadiri sebuah parti di
sini, di negeri Bavaria.
Mereka menolak sofa tersebut menaiki sebuah kereta api yang berhenti di sebuah sebuah stesen kereta api lain.
Dia yang masih lena di atas sofa tersebut kemudian ditinggalkan oleh
rakan-rakannya di stesen tersebut selepas kereta api itu berhenti. -
Agensi