Remaja mahu jadi model lumpuh RACHEL mengenyitkan mata bagi menentukan abjad perkataan ketika
berkomunikasi dengan bapanya.
LONDON - Seorang remaja, Rachel Todd, 18, yang bercita-cita ingin
menjadi model terkenal kini terlantar di sebuah hospital di sini
selepas lumpuh akibat diserang penyakit
Locked-In Syndrome, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa Rachel, Gordon, 44, yang merupakan seorang bekas tentera
berkata, anaknya menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit itu selepas
dia pengsan semasa makan malam bersama isterinya, Tania, 41, pada
Disember tahun lalu.
Ketika kejadian, Rachel mengadu sakit di rahang dan telinga manakala matanya tidak dapat melihat sebelum dia pengsan.
Dia dibawa ke Hospital Diraja London di Whitechapel dan doktor
mendapati Rachel mengalami masalah di otak ketika imbasan dibuat.
GAMBAR menunjukkan Rachel ketika sihat.
Sindrom itu berlaku apabila ada kawasan di otak rosak, pada kebiasaannya disebabkan oleh strok atau pendarahan.
"Rachel tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya, tidak boleh bercakap atau menelan makanan.
"Dia disuap melalui tiub dan perlu diawasi 24 jam namun otak dan memorinya masih baik," kata Gordon.
Remaja itu berkomunikasi dengan cara mengenyit mata ke atas atau
bawah ketika ahli keluarganya menunjukkan beberapa huruf tertentu pada
sekeping papan abjad.
Setakat ini penyakit itu tidak mempunyai penawar tetapi Rachel yang
dirawat di Hospital Northwick Park di Harrow, London sudah boleh
tersenyum. - Agensi