Putera Arab paksa chef kerja 14 jam
|
PUTERA Saud
|
LOS ANGELES - Kerabat diraja Arab Saudi, Putera Saud bin Faisal bin
Abdul Aziz al-Saud disaman tukang masak sendiri setelah lelaki tersebut
dipaksa bekerja 14 jam sehari tanpa rehat.
Chef Pedro Gomez mendakwa dia tidak dibayar kerja lebih masa dan
tiada masa rehat sepanjang dia bekerja di rumah putera itu di Beverly
Hills di sini.
Berikutan itu, satu saman dikemukakan terhadap Putera Saudi,
isterinya dan anak perempuan beliau di Mahkamah Tinggi Los Angeles
semalam.
Putera itu yang juga merupakan Menteri Luar Arab Saudi masih belum memberi ulasan terhadap saman tersebut.
Gomez berkata, dia bekerja untuk putera itu sejak 1999 sehingga Mac 2009 selepas dipecat Putera Saud.
Katanya, dia terpaksa menyediakan tiga hidangan makanan sehari untuk
30 orang sehingga tidak sempat untuk makan, berehat dan tidak menerima
bayaran kerja lebih masa. - AP