TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_lcap9%Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_lcap14%Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_lcap78%Antara 12 studio tercanggih di dunia I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Antara 12 studio tercanggih di dunia

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Oct 01, 2009 1:20 pm

Antara 12 studio tercanggih di dunia

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

Penerbit filem tempatan boleh menarik nafas lega kerana Malaysia
kini bukan sahaja mempunyai studio digital antara yang terbaik di
dunia, bahkan kos yang dikenakan adalah jauh lebih murah daripada
studio luar negara. Persoalannya, adakah studio digital itu mampu
mengangkat martabat filem negara ke mata dunia?

Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.1




DARI dulu hingga kini, industri perfileman Malaysia kerap kali
diperlekehkan bukan sahaja dek jalan ceritanya, bahkan kualiti audio
yang dikatakan kurang mengesankan.
Kerana itu, ramai penerbit filem kebelakangan ini akhirnya terpaksa
menjadikan kota Bangkok dan Hong Kong sebagai destinasi untuk mengadun
audio filem mereka.
Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.2
STUDIO Digital Mix Stage di Hulu
Kelang bakal menjadi destinasi pengadunan audio untuk filem tempatan
dan luar negara kerana menawarkan kelengkapan tercanggih.



Dengan kos RM200,000 belum ditambah dengan kos perjalanan,
penginapan dan sebagainya, yang pasti hanya pernerbit berpoket tebal
mampu mengadun audio filem mereka di luar negara.
Bagaimanapun, sejak Februari lalu, landskap filem negara berwajah
baru apabila terbinanya Studio Digital Mix Stage di Kompleks Studio
Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu
Kelang.
Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.3
REKA bentuk dalaman Studio Digital Mix Stage yang tersusun rapi.


Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.4
ADUNAN audio yang lebih canggih menawarkan efek bunyi yang lebih hebat.


Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.5
STUDIO Digital Mix Stage ini adalah antara 12 buah studio Standard Premier tercanggih di dunia.


Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.6
KOS yang ditawarkan oleh
Studio Digital Mix Stage ini hanyalah RM115,000 berbanding studio luar
negara sehingga RM200,000. (Dari kiri: Azriddin, Norhamidi)


Antara 12 studio tercanggih di dunia Ru_01.7



Studio digital bernilai RM53 juta itu bakal memberi peluang kepada
penerbit filem negara mendapatkan studio audio bertaraf dunia tanpa
perlu terbang ke luar negara.
Selain menawarkan sistem adunan audio yang jauh lebih canggih
daripada apa yang ditawarkan di Bangkok dan Hong Kong, apa yang menarik
kos yang dikenakan studio itu hampir separuh daripada yang dicaj studio
luar. Kosnya hanyalah sekitar RM115,000.
Kecanggihan yang dimiliki oleh studio tersebut dikatakan jauh
berbeza dengan studio pasca produksi lain yang ada di Malaysia kerana
ia merupakan yang pertama di negara ini diiktiraf sebagai Dolby Digital
Premier.
Bangunan tiga setengah tingkat itu menyediakan Studio Mix Stage,
Studio Premix, Studio ADR 1 & 2, Studio Audio & Music
Sweetening, Optical Sound Camera dan Studio Foley.
Berkeluasan 3,950 meter persegi, Malaysia antara 12 negara yang
mempunyai studio diiktiraf sebagai Standard Premium. Tidak salah jika
mengatakan ia bakal menjadi sebagai salah satu destinasi studio audio
perfileman terbaik dan tercanggih di Asia Tenggara terutama dari segi
aspek penyediaan kemudahan teknikal.
Malah, industri perfileman Hollywood sendiri baru saja mahu menaiktarafkan studio mereka mengikut Standard Premium.
Menurut penyelia audio studio berkenaan, Azriddin Hamzah,
pembangunan Studio Digital Mix Stage boleh dikatakan kejayaan besar
buat Malaysia.
"Jika melihat pada kelengkapan mesin-mesinnya, pihak Finas telah
mengimport mesin jenama tercanggih dari Amerika Syarikat iaitu Euphonix.
"Kelengkapan yang ada di studio ini juga merupakan yang tercanggih dengan perisian yang berteknologi tinggi.
"Selain itu, kita juga perlu menarik perhatian penggiat seni luar
negara dengan elemen-elemen reka bentuk studio. Ini membuatkan
penggiat-penggiat seni luar negara yakin dengan teknologi pembikinan
audio di negara kita," katanya.
Bagi yang belum tahu maksud Dolbie Digital Premier, ia merupakan sebuah format dalam trek audio filem yang menghasilkan adunan Audio Suround System dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1 bagi menggantikan speaker stereo.
Perlu diingat, hebat mana sekalipun pembikinan filem, kekuatan bunyi
memainkan peranan penting untuk terus menghidupkan sesebuah filem
berkenaan.
Justeru itu, usah terkejut andai kata filem tempatan selepas ini
membuatkan jantung penonton berdegup-degup dengan efek bunyi yang
dihasilkan.
Pelaburan yang lebih jimat
Setiap kali membikin filem, memang kebanyakan penerbit begitu
menghargai efek audio yang merupakan tulang belakang kepada sesebuah
filem.
Bagaimanapun, bila sampai ke bahagian bajet, penghargaan itu
terpaksa dilupakan kerana kos yang digunakan pada peringkat awal
produksi telah pun melebihi bajet.
Pada masa yang sama pula, proses pembikinan juga perlu cepat
memandangkan lebih lama masa diambil, lebih tinggilah bajet yang perlu
digunakan.
"Bila masa yang digunakan agak terhad, ini membuatkan kualiti audio tidak dijaga kerana dibuat secara tergesa-gesa.
"Seperti umum tahu, kebanyakan karyawan filem menghantar filem
mereka ke luar negara seperti Bangkok, Hong Kong dan Mumbai untuk
diadun dan mereka mempunyai sistem dolbie yang biasa.
"Untuk sebuah filem, biasanya pengadunan akan dibuat lebih kurang 45
hari dengan harga RM200,000 tanpa melibatkan kos-kos lain seperti
tambang pengangkutan, tempat tinggal serta kebajikan lain.
"Bagaimana jika filem itu perlu diadun semula jika mempunyai
beberapa kecacatan? Sudah pasti jarang sekali penerbit yang akan
mengeluarkan bajet sekali lagi untuk keluar negara," kata Azriffin yang
juga merupakan juruteknik mixer di studio berkenaan.
Melihatkan keadaan seperti ini, bayangkan berapa banyak pelaburan
wang ringgit kita mengalir ke luar negara setiap kali kita membikin
sebuah filem.
Jika setiap tahun lebih kurang 30 filem perlu ditayangkan, pelaburan
yang dikeluarkan untuk mengadun ke negara luar secara total adalah
sebanyak RM6 juta.
Di Studio Digital Mix Stage setakat ini ujar Azriddin mereka hanya
mampu mengadun 20 buah filem dengan setiap satunya menelan kos sebanyak
RM115,000. Ini bermakna dalam setahun kos yang dibelanjakan penerbit
filem hanyalah sebanyak RM2.3 juta.
Dengan kos yang hampir separuh daripada apa ditawarkan studio luar
negara, kita berjaya mengelakkan pengaliran wang ke luar sehingga
sehingga RM1.7 juta setahun.
Tambah Azriddin pada masa akan datang, jika studio tersebut
berkeupayaan mengadun audio sebanyak 30 buah filem, negara boleh
menjimatkan pengaliran wang ke luar sehingga RM2.5 juta.
Juruteknik audio terbaik
Bila sistem pengadunan audio dinaik taraf, kepakaran juruaudio
tempatan mengenai pengetahuan penggunaan mesin-mesin canggih itu juga
diperlukan.
Menghantar seramai 13 tenaga kerja ke Amerika Syarikat dan New
Zealand bagi mendalami penggunaan kesemua teknologi canggih yang ada di
studio digital, mereka terdiri daripada jurutera bunyi, pembantu
jurutera bunyi dan juruteknik bunyi.
Justeru itu, tidak timbul isu kurangnya orang tempatan mengendalikan Studio Digital Mix Stage itu.
Menurut Eksekutif Pemasaran Finas, Norhamidi Rahman, penghantaran 13
tenaga kerja ke luar negara adalah salah satu cara bagi membolehkan
anak tempatan mempelajari selok-belok penggunaan peralatan di studio
berkenaan.
"Selain itu, kita juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan
seorang pakar mengenai peralatan studio ini dari luar negara di
bahagian Mix Stage.
"Maklumlah, dengan masa pembelajaran yang agak singkat di luar negara, pasti banyak lagi ilmu yang belum dipelajari.
"Oleh itu, tenaga kerja luar diambil bukan sahaja untuk
mengoperasikan studio ini tetapi juga memindahkan ilmu teknologi kepada
warga kerja tempatan yang sedia ada.
"Pengambilan orang luar juga adalah salah satu cara bagi meyakinkan
karyawan negara luar mengenai kehebatan studio yang canggih ini,"
ujarnya.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSun Oct 18, 2009 1:37 am

cangih wooo
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Oct 21, 2009 1:55 pm

perabih duit je, filem M'sia x kemana pun...pi mai2 tang tu
Back to top Go down
atada
Executive
Executive
atada


Male
Posts : 388
Age : 45
Location : Car Junk Town
Status : Ntah!!!
Joined : 2009-07-09

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Oct 21, 2009 8:41 pm

setakat studio jer canggih.... filem hampeh... buat apa
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Oct 22, 2009 12:39 am

sabar la dulu
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Oct 22, 2009 10:42 am

salahkan kita sebab x sokong filem depa...
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeSat Oct 24, 2009 12:57 am

apak alik
Back to top Go down
sham_j80
VIP
VIP
sham_j80


Male
Posts : 113
Age : 43
Location : johor the great
Status : married
Joined : 2009-03-19

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Jan 20, 2010 3:06 pm

studio canggih...
Tp filem kite x kemana pon...
Asik filem cintan2 je...
Buat la filen hantu seram ke, futuristik ke
teknologi ke, dongeng ke...
Buat la mcm omputih, baru terpegun & kagum...
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Jan 20, 2010 9:37 pm

tul gak tu
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Jan 21, 2010 11:37 am

buat filem...ceita suma pun syok sendiri atas sbb nak dptkan cukai hiburan yg akan dibayar balik kpd penerbit filem
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeThu Jan 21, 2010 6:22 pm

apak suh alik
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeFri Jan 22, 2010 10:45 am

ni apak suh pegi mati
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeFri Jan 22, 2010 12:35 pm

wakakakakakakakakakakak Antara 12 studio tercanggih di dunia 283592
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeMon Jan 25, 2010 11:40 am

golak ko...
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeMon Jan 25, 2010 6:52 pm

kelakar lah abg robot yg botak
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive
zmrbd


Male
Posts : 2503
Age : 51
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Feb 10, 2010 10:51 am

canggih camana pun..kalaw x reti guna buat ape?
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitimeWed Feb 10, 2010 3:14 pm

tul tu abg robot
Back to top Go down
Sponsored content





Antara 12 studio tercanggih di dunia Empty
PostSubject: Re: Antara 12 studio tercanggih di dunia   Antara 12 studio tercanggih di dunia I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Antara 12 studio tercanggih di dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Beza antara UTUSAN & The Star
» antara lucu tak lucu ler..huhuhu..meh ler nengok..
» K*te Terbesar Di dunia!
» malaysia VS dunia
» Bangunan Tertinggi Di Dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Sains & Teknologi-
Jump to: