Anderson tinggal dalam rumah bergerakANDERSON tinggal di rumah satu bilik di Paradise Cove, Los Angeles.
|
ANDERSON
|
LOS ANGELES – Pelakon seksi drama bersiri televisyen Baywatch,
Pamela Anderson terpaksa tinggal di sebuah rumah mudah alih yang
mempunyai satu bilik, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti yang berumur 42 tahun itu kini tinggal di rumah mudah alih
di Paradise Cove di sini kerana dia berbalah dengan kontraktor yang
mengubah suai rumah mewahnya yang terletak di Malibu.
Anderson dilaporkan berhutang sehingga AS$1.1 juta (RM3.83 juta)
dengan beberapa syarikat pembinaan yang melakukan kerja-kerja ubah suai
serta hutang cukai yang tertunggak.
Menurut dokumen, lima syarikat pembinaan mengemukakan tuntutan terhadapnya.
Sebuah syarikat pembinaan mengemukakan tuntutan terbesar sebanyak
AS$674,043 (RM2.35 juta) bagi upah dan membina semula rumah utama dan
kolam renang.
Bagaimanapun, Anderson dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa
keadaan kewangannya terjamin tetapi mengaku berdepan dengan masalah
undang-undang berhubung ubah suai rumahnya. – Agensi