Fatwa ‘nenek ekor’ Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syarifah Dayana Syed Bakri
anbia@hmetro.com.my
|
TAK MALU... Mak Tum mencatatkan nombor pertaruhan di kedai ekor. |
KUALA LUMPUR: Ketagihan yang tidak boleh disekat menyebabkan seorang
wanita warga emas layak digelar ‘nenek ekor’ berikutan gagal mengawal
kegilaannya bertaruh nombor ekor sejak lebih 10 tahun lalu.
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Tum, 63, mendakwa
minatnya bertaruh nombor ekor menyebabkan dia sanggup menghabiskan
sekurang-kurangnya RM100 sebulan ‘menikam’ nombor ekor.
Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan berkenaan bertentangan dengan
ajaran Islam, namun bertaruh nombor ekor atau empat digit dianggapnya
mempunyai tarikan luar biasa hingga menyebabkan dia sukar berhenti.
Wanita terbabit mendakwa pernah dinasihatkan berhenti dari tabiat buruk
itu, namun dia hanya mampu bertahan dua minggu sebelum menjengah semua
ke kedai nombor ekor untuk mencuba nasib.
“Mak cik mula terjebak dengan benda ni sejak diajar bekas suami
kedua mak cik yang juga kaki nombor ekor,” katanya ketika ditemui
selepas membeli nombor ekor di Lorong Haji Taib di sini, semalam.
Dia yang tidak segan silu membeli nombor ekor dalam keadaan memakai
baju kurung dan bertudung mendakwa diajar selok-belok mengisi kertas
taruhan dan membeli nombor ekor di kaunter kedai..
“Mulanya mak
cik ragu-ragu, namun suami selalu bernasib baik dan ‘kena’ hadiah
menyebabkan mak cik turut tertarik untuk mencuba. Walaupun hanya pernah
beberapa kali berjaya dalam tempoh 10 tahun, namun ia bagaikan hobi
berhantu dan sukar dikikis.
“Hampir setiap minggu mak cik akan
mencuba nasib membeli empat nombor ekor menggunakan duit yang diberikan
anak-anak selain duit hasil sewa rumah,” katanya.
Menurutnya,
walaupun ada rakan yang pernah menegur dan menasihatinya kerana
menyifatkan perbuatan bertaruh itu sebahagian dari dosa, namun dia
mempunyai tafsiran tersendiri.
“Mak cik tak rasa teka nombor
(bertaruh nombor ramalan) sebagai salah kerana mak cik juga berusaha
dan mengeluarkan modal untuk menang. Ia tak lebih daripada satu bentuk
permainan teka nombor semata-mata.
“Apa orang nak kata pun mak cik tak kisah. Soal dosa atau pahala, itu antara mak cik dan Tuhan,” katanya.
Ditanya sama ada anak dan cucunya mengetahui aktiviti sampingannya itu,
dia mendakwa hanya segelintir anaknya yang mengetahui perbuatannya itu
kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi buah mulut saudara mara dan
masyarakat
Berikutan itu, dia yang tinggal di Gombak sanggup
menaiki bas ke ibu kota untuk membeli nombor ekor setiap Rabu, Sabtu
atau Ahad dengan kadar pertaruhan serendah RM2 bagi setiap nombor .
“Biasanya mak cik akan menyembunyikan kepingan resit nombor ekor dibeli
di dalam almari dan menyemaknya dengan bantuan seorang anak lelaki yang
sering membeli surat khabar berbahasa Cina pada waktu malam,” katanya.
Ditanya berapa kali dia pernah memenangi hadiah tekaan tepat sebelum
ini, Mak Tum mendakwa dia pernah mendapat hadiah RM5,000 dua tahun lalu
selain beberapa hadiah sagu hati bernilai ratusan ringgit.
Sementara itu, penceramah bebas yang juga perunding motivasi Human
Touch Consultant, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata wang yang digunakan
untuk tujuan haram boleh diragui sumbernya kerana ia menyebabkan
pemilik membelanjakan wang berkenaan ke jalan yang tidak diredai
-------------------------------------------------------------kesian "kubur kata mari rumah kate pergi "huhu...
i