HomeFAQSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 1:17 am by laquthaddljfyld

» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 12:15 am by laquthaddljfyld

» tanda tanda awal jatuh cinta
Sun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Thu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Thu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Thu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Sun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Sun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
9%
 9% [ 5 ]
Biasa
14%
 14% [ 8 ]
Menarik
78%
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

Share | 
 

 Dicabar hasilkan seni artistik 3D

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager


Male
Posts : 3837
Age : 32
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

PostSubject: Dicabar hasilkan seni artistik 3D   Thu Nov 19, 2009 11:52 am

Dicabar hasilkan seni artistik 3D

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my






SEMASA anda menyaksikan filem A Christmas Carol di pawagam
bermula hari ini, anda sebenarnya patut berbangga dengan hasil karya
berteknologi tinggi itu. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu
berbangga dengan produksi Walt Disney Pictures itu?
Penulis bukannya mahu mengajak penonton mengagumi hasil kerja Walt
Disney Pictures tetapi filem animasi 3D itu yang merupakan kerjasama
dengan syarikat ImageMovers Digital turut disertai oleh dua anak jati
Malaysia. Itu yang patut diraikan oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Walaupun hanya bertugas di sebalik tabir, filem A Christmas Carol
yang menggunakan teknologi 3D tidak mungkin berjaya tanpa khidmat
mereka. Kedua-dua figura yang dimaksudkan ialah Jax Lee Jing Yee dan
Woei Lee.
Jax, 31, yang berasal dari Kuala Lumpur mula menyertai ImageMovers
Digital pada tahun 2008 manakala Woei Lee, 35, yang berasal dari Pulau
Pinang pula menyertai syarikat sama pada Februari lalu. Namun, bakat
dalam bidang masing-masing telah menjanjikan tempat untuk mereka dalam
merealisasikan filem arahan Robert Zemeckis itu.
Bertindak sebagai juruanimasi, Jax diberi tanggungjawab untuk
menghidupkan hampir kesemua watak dalam filem itu dan Woei Lee pula
menggalas tugas dalam bahagian penata cahaya.
Terbaru, sebilangan wartawan Malaysia diberi peluang untuk menemu
bual mereka berdua menerusi telefon yang diaturkan oleh Buena Vista
Columbia TriStar Films (M).
Kedua-dua mereka ketika itu berada di Walt Disney Studio California, Amerika Syarikat (AS).
Dalam perbualan singkat bersama mereka, banyak cerita menarik
dikongsi. Daripada pengalaman bekerja dengan pengarah sehinggalah
pelakon terkenal, Jim Carrey, Jax dan Woei tidak sabar untuk menanti
kunjungan penonton Malaysia ke pawagam untuk menyaksikan filem tersebut.

JAX LEE diberi kepercayaan sebagai juruanimasi filem ini.


Jax yang sebelum ini pernah bekerja di LucasArts memberitahu
bekerjasama dengan produksi Robert bagaikan impian menjadi kenyataan.
"Kerjasama dengan pengarah yang pernah memenangi anugerah Academy seperti Robert (Forrest Gump, Cast Away dan The Polar Express)
adalah pengalaman yang menakjubkan. Dia seorang pengarah yang hebat
kerana dia mahukan rekaan melangkaui sempadan pemikiran manusia biasa.
"Walaupun hanya pada mesyuarat biasa, dia sudah boleh memberikan
visual bagaimana filem itu mahu dihasilkan. Robert memberikan cabaran
kepada semua dengan memberikan cadangan artistik tetapi masih
memberikan kebebasan kepada kami untuk berkarya.
"Dia juga sukakan teknologi serta cerita baru. Jadi anda akan
mendapat yang terbaik daripada filem itu. Anda bakal merasakan
pengalaman baru di pawagam dengan menyaksikan cerita yang ditulis pada
tahun 1843," katanya.
Kayakan ekspresi muka
Mendapat pendidikan dari Akademi Dasein, Setapak, Kuala Lumpur
sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Watak Animasi di Academy of
Art University, San Francisco, tugasan Jax lebih menjurus kepada
memperkayakan lagi ekspresi muka serta pergerakan watak.
Teknologi 3D juga memberikan kebebasan kepada pembikin filem untuk
mencipta persekitaran dan watak tanpa batasan. Maka, tidak hairanlah
jika Jim berupaya menjayakan tujuh watak seorang diri. Selain membawa
watak Ebenezer Scrooge semasa tua, Jim juga menggambarkan Scrooge
berusia 7 tahun serta tiga hantu berlainan. Semua itu dilakukan dengan
menggunakan teknologi rakaman pergerakan aktor secara digital menerusi
kamera komputer 360 darjah.
"Jim seorang pelakon yang hebat seperti sumpah-sumpah. Badannya
versatil, mukanya penuh ekspresi dan dia suka berimaginasi. Dia pandai
mencipta perwatakan berbeza untuk setiap wataknya. Semua bakatnya
sebagai pelakon, pelawak dan penghibur dicurahkan dalam filem itu.
"Disebabkan semua hantu di dalamnya mempunyai kaitan dengan Scrooge,
maka ia hanya adil untuk dijayakan oleh Jim. Menggunakan teknologi
tinggi setiap pergerakan unik Jim dirakamkan dan kemudian kami akan
melakukan kesan khas ke atasnya. Jim dan pelakon lain sebenarnya perlu
berlakon. Ramai orang yang berpendapat bahawa mereka hanya menyumbang
suara," jelas Jax.
A Christmas Carol dikatakan menjadi salah sebuah cerita Krismas
terbaik yang pernah ditulis dan dibaca oleh jutaan pembaca. Buku
tulisan Charles Dickens itu sudah menjadi sebahagian daripada tradisi
Krismas untuk bergenerasi lamanya. Ia merupakan cerita merentasi masa
pertama di dunia dan mungkin cerita hantu yang paling digemari.
Maka, bagi menggambarkan apa yang ingin dipersembahkan Dickens,
penggunaan warna penting dalam melahirkan mood yang dikehendaki. Ia
akan membawa audiens ke masa dan tempat yang tidak pernah dikunjungi.

WOEI LEE


"Seramai lima hingga enam orang bekerja dalam bahagian penata
cahaya. Kami bertanggungjawab untuk memastikan warna pada setiap babak
konsisten dengan kehendak pengarah. Disebabkan animasi terutama 3D
mempunyai lebih banyak lapisan, kami perlu memastikan lapisan itu
bergabung baik supaya kelihatan seperti satu imej.
"Walaupun ini merupakan kali pertama saya bekerja dalam projek 3D,
ia tidak memberikan banyak masalah. Apa yang penting adalah kefahaman
terhadap warna," kata Woei Lee yang pernah bekerja dalam filem seperti Superman dan The Day After Tomorrow.
Mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan filem itu, Jax
merupakan antara 40 juruanimasi yang menyempurnakan karya itu. Dia yang
sudah biasa dengan animasi tradisional teruja dengan teknologi 3D.
"Cabaran yang dihadapi dengan 3D adalah kita perlu menganimasikan
manusia sebenar. Maka, kita tidak boleh melakukannya dengan keterlaluan
kerana ia akan kelihatan janggal. Prosesnya amat berbeza dengan animasi
tradisional.
"Animasi tradisional perlu dilukis dari mula. Setiap pergerakan
perlu dilukis satu demi satu manakala 3D pula merupakan rakaman
pergerakan manusia yang kemudiannya dijadikan animasi atau lebih
kelihatan seperti ilustrasi. Teknik 3D juga memerlukan lebih satu
lapisan berbanding animasi tradisional," kata Jax yang sudah tujuh
tahun meninggalkan Malaysia.
Gelap ikut mood filem
Menceritakan kisah lelaki tua bernama Scrooge yang tidak menyukai
perayaan Krismas, dia yang mementingkan diri kemudian dilawati tiga
hantu yang membawanya pulang ke zaman lampau serta masa akan datang.
Pengembaraan itu membuatkan dia sedar dan perlu berubah sebelum
terlambat.
Maka, hampir keseluruhan filem itu dibikin dengan warna gelap bagi melahirkan suasana serta mood yang dikehendaki.
"Memang kami menggunakan lebih banyak tona warna gelap dalam filem
itu. Tapi warna itu dihasilkan mengikut kehendak perjalanan ceritanya.

JIM perlu melakonkan pergerakan dan ekspresi muka untuk tujuh watak dalam filem A Christmas Carol.



"Scrooge merupakan seorang yang hidup dalam dunia 'gelap'.
Pengembaraan dia bersama hantu juga agak malap memandangkan dia
dikelilingi dengan cerita sedih. Hanya pada penghujung cerita sahaja
anda akan melihat warna terang seiring dengan ceritanya," tambah Woei
Lee yang pernah bekerja dengan The Orphange dan Dynacom Studios.
Woei Lee, graduan dari Academy of Arts College, San Francisco itu
juga sangat merindui makanan Malaysia terutama masakan Pulau Pinang.
Dia yang sudah berkahwin berharap audiens tempatan akan meluangkan masa
untuk menonton filem itu yang memaparkan mesej mengenai kehidupan.
"Sebelum saya datang ke AS, saya tidak tahu cerita itu. Selepas
membaca bukunya dan kini menonton filemnya, saya menyukai ceritanya.
Walaupun kita tidak menyambut Krismas seperti di AS, filem ini boleh
ditonton kerana ia mengajar kita maksud memberi serta berkongsi," ujar
Woei Lee.
Bagi Jax yang akan pulang ke Malaysia pada Disember ini, dia juga sebelum ini tidak pernah membaca buku A Christmas Carol tetapi kini mula meminatinya.

ROBERT (kiri) memberikan arahan
semasa penggambaran filem A Christmas Carol kerana filem animasi 3D
perlu menganimasikan manusia sebenar.



"Sebenarnya di Malaysia, banyak juga cerita hikayat lama. Saya
mempunyai impian untuk menghasilkan animasi berdasarkan cerita-cerita
tempatan. Tapi industri Malaysia suka menerbitkan cerita-cerita hantu,"
katanya yang ingin menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
hana
Chatbox Manager
Chatbox Manager


Female
Posts : 1358
Age : 30
Location : subang jaya
Status : LoneRANger
Joined : 2009-08-26

PostSubject: Re: Dicabar hasilkan seni artistik 3D   Thu Nov 19, 2009 12:26 pm

bangga!!
Back to top Go down
http://www.myflippix.com
nurulshafika2692
Executive
Executive


Female
Posts : 3436
Age : 24
Location : Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Status : single and available (nak berkenalan??????)
Joined : 2009-06-20

PostSubject: Re: Dicabar hasilkan seni artistik 3D   Fri Nov 20, 2009 7:35 pm

hobin..
Back to top Go down
http://www.nurulshafikaahmad.blogspot.com/
sham_j80
VIP
VIP


Male
Posts : 113
Age : 36
Location : johor the great
Status : married
Joined : 2009-03-19

PostSubject: Re: Dicabar hasilkan seni artistik 3D   Wed Jan 20, 2010 2:36 pm

bangga jg...
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Dicabar hasilkan seni artistik 3D   Today at 10:35 pm

Back to top Go down
 
Dicabar hasilkan seni artistik 3D
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nippon Suiseki Meihinten 2009- photos by Jeff Amas

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Sains & Teknologi-
Jump to: