HomeFAQSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 1:17 am by laquthaddljfyld

» Ex Communication A Novel Epub Bud
Tue Oct 11, 2016 12:15 am by laquthaddljfyld

» tanda tanda awal jatuh cinta
Sun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Thu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Thu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Thu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Sun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Sun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
9%
 9% [ 5 ]
Biasa
14%
 14% [ 8 ]
Menarik
78%
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

Share | 
 

 ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
michiru
Secretary
Secretary


Female
Posts : 1257
Age : 31
Location : kuala lumpur
Status : sedang bagi singa mkn..
Joined : 2009-05-14

PostSubject: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 9:02 am

Lelaki pisau cukur

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

Ezrul raih lima angka sebulan layan perempuan kaya.

PESAN Ezrul, perempuan jangan mudah terpedaya. - Gambar hiasan



LAZIMNYA panggilan pisau cukur dikaitkan dengan perempuan cantik.
Tapi kini, kaum lelaki juga sudah ada yang memegang gelaran itu.
Kaki kikis wang wanita atau lelaki ‘spedo’ ini lebih suka hidup
senang dengan menagih kemewahan daripada kekasihnya tanpa ada rasa
malu.
Mereka juga sanggup dibeli dengan wang ringgit dan mengetepikan pandangan negatif umum terhadap mereka.
Bertemu dengan lelaki yang pernah terjebak dengan dunia ‘duit
segera’ ini sememangnya merungkai banyak persoalan. Apatah lagi Ezrul,
28 (bukan nama sebenar), langsung tidak lokek berkongsi kisah hidupnya.

“Kemewahan perlu dirasai semua orang. Lebih-lebih lagi bagi yang bijak menggunakan peluang.
“Mempergunakan orang lain juga adalah satu medium untuk mendapatkan
wang, bukan?” lelaki bertubuh sederhana ini memulakan cerita.
‘Ikan emas’
Ezrul mendakwa lantaran tersepit dengan masalah kewangan, dia
terdorong untuk mencari kemewahan segera. Apatah lagi dia sekadar lahir
dalam keluarga yang sederhana.
“Maklumlah, ibu saya seorang suri rumah dan ayah pula sudah bersara.
“Adik-adik saya pun masih bersekolah. Jadi kalau nak harapkan duit
pencen ayah memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan harian.
“Lebih-lebih lagi saya masih belajar pada masa itu. Keinginan untuk
merasai kemewahan juga salah satu faktor saya bertukar menjadi kaki
kikis,” ujarnya.
Menceritakan lagi pengalamannya, Ezrul mengakui telah mula menjadi
kaki cukur sejak menuntut lagi. Sasarannya pula pastilah wanita-wanita
kaya tidak kira muda ataupun yang telah berusia.
“Kalau kita nak hidup mewah, kita kenalah bela ‘ikan emas’. Betul tak?
Jadi kebanyakan mangsa saya terdiri daripada wanita yang datang
daripada keluarga yang berada. Kadang-kadang wanita yang sedikit
berumur dan bekerjaya kukuh pun saya layan.
“Tak kisahlah bagaimana rupa paras wanita itu, janji saya dapat apa yang saya nak,” Ezrul berterus-terang.




Facebook
Dalam dunia yang serba moden ini, bukanlah perkara yang sukar untuk kaki kikis mencari mangsa.
“Dengan mengakses laman web sosial seperti Myspace dan Facebook
sahaja sudah boleh mendapat mangsa. Malah kalau ada yang ‘sangkut’,
sampai ke luar negara pun mereka sanggup tanggung,” katanya.
Ezrul berpendapat kaum wanita mudah terpedaya. Mereka terlalu cepat tertipu dengan janji-janji manis lelaki.
“Zaman sekarang bukan lelaki cari perempuan. Tapi perempuan cari lelaki. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kebahagiaan.
“Orang kata dengan duit pun kita boleh beli kebahagiaan. Jadi bagi
lelaki seperti saya, memang saya perlukan duit. Kerja saya mudah.
Gembirakan mereka dan saya akan dimandikan dengan kemewahan.
Sejak mendekati perempuan kaya, Ezrul boleh meraih pendapatan sebanyak lima angka sebulan.
“Bayangkan pula hidup saya untuk bulan-bulan yang seterusnya. Tapi
semua itu tidak datang dengan percuma. Banyak yang terpaksa saya
lakukan untuk kekal hidup mewah.
“Sepanjang masa saya terpaksa berpura-pura dan melayani kerenah
mereka. Tapi bagi memastikan mereka tidak meninggalkan saya, saya
mengugut untuk menyebarkan ‘aksi-aksi‘ yang dirakam,” tutur Ezrul tanpa
segan silu.
Sering bertukar-tukar pasangan juga menjadi satu kemestian. Kata
Ezrul, kalau dia bersama dengan seorang sahaja, tidak mungkin dia boleh
hidup senang.

Isteri orang
Katanya lagi, hendak hidup kena pandai termasuk menyimpan rahsia.
“Orang kata pandai makan pandai simpan,” begitu prinsip lelaki ini.
Menurut Ezrul, barang paling berharga yang pernah dia dapat ialah seutas jam tangan Rolex yang berharga ribuan ringgit.
Jam tersebut adalah pemberian daripada pasangannya yang merupakan isteri kepada seseorang yang berpangkat.
“Bila keluar bersama, saya tak perlu keluar duit. Mereka pun faham
kerana saya ialah seorang pelajar pada masa itu. Tak kurang juga ada
yang memberi saya kad kredit untuk kegunaan saya.
“Saya gunakan seribu satu alasan untuk mendapatkan duit daripada
mereka. Ada lelaki mereka akan ‘pakai’ sesuatu untuk pujuk pasangan.
Tapi saya masih belum sampai ke tahap itu,” katanya berkias.
Setelah bertahun-tahun menjalani hidup dalam keadaan tidak bermoral itu, Ezrul akhirnya menemui peluang untuk berubah.
“Dulu saya sendiri pun tak pasti sampai bila akan jadi begitu. Tapi
semuanya berubah apabila ibu saya ternampak saya bersama seorang wanita
berusia dalam keadaan berpelukan.
“Saya jadi kaku dan hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika melihat air mata ibu berlinangan dan dia hampir rebah.
“Bila saya kenang balik perbuatan saya, saya jadi takut untuk terus
bergelumang dengan dosa. Saya juga ada adik perempuan. Sebagai abang,
mestilah saya tak nak orang buat perkara seperti itu pada adik saya.
“Jadi kini, saya dah tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Nasihat
saya pada kaum perempuan, jangan terpedaya dengan lelaki sebegini. Nak
cari kebahagiaan kena ikut jalan yang betul.
“Jangan terlalu obses terhadap lelaki. Sebab mereka akan ambil
kesempatan di atas kebaikan kita,” katanya yang bekerja di sebuah
syarikat swasta. Ada tanda kejujuran daripada matanya.
Ezrul sekarang kembali menjalani kehidupan yang normal dan
sederhana. Dia tekad untuk berubah tetapi belum terfikir untuk berumah
tangga.
“Buat masa ini biarlah saya sendiri. Lagipun saya dah puas menemani
orang lain selama ini. Mungkin inilah masanya untuk saya bermuhasabah
diri.
“Saya ingin tebus balik kesalahan saya dan bertaubat. Saya berharap
tuhan boleh ampunkan dosa-dosa saya dan kuatkan hati saya untuk terus
berubah demi keluarga saya,” ujarnya.
Back to top Go down
zam
VVIP
VVIP


Posts : 2302
Joined : 2008-06-20

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 9:15 am

apabila ajaran agama di ketepikan..inilah jadinya..

_______________________________________________
Back to top Go down
http://tgpl.forumotion.com
pakma
Executive
Executive


Female
Posts : 604
Age : 35
Location : kl
Status : single
Joined : 2008-08-27

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 10:24 am

budus...xingat Allah la tu
Back to top Go down
http://zaharuddin.net
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 2:39 pm

manusia kadang2 lalai
Back to top Go down
hana
Chatbox Manager
Chatbox Manager


Female
Posts : 1358
Age : 30
Location : subang jaya
Status : LoneRANger
Joined : 2009-08-26

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 5:41 pm

lalai dgn duniawi
Back to top Go down
http://www.myflippix.com
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Wed Dec 16, 2009 10:47 pm

syaitan selalu mengangu nak buat mcm mn
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive


Male
Posts : 2507
Age : 44
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Thu Dec 17, 2009 3:50 pm

bagus gak, dah dapat semua baru taubat
Back to top Go down
naza
Executive
Executive


Male
Posts : 1001
Age : 29
Location : cheras
Status : not aza anymore but still sideways
Joined : 2009-08-19

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Thu Dec 17, 2009 3:56 pm

diwaktu sihat,igtlah pada Allah,~
diwaktu kaya,igtlah pada Allah~
Back to top Go down
hana
Chatbox Manager
Chatbox Manager


Female
Posts : 1358
Age : 30
Location : subang jaya
Status : LoneRANger
Joined : 2009-08-26

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Thu Dec 17, 2009 4:15 pm

naza mcm nyanyi lagu raihan jer
Back to top Go down
http://www.myflippix.com
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Fri Dec 18, 2009 12:20 am

dio tengah nyanyi la tu
Back to top Go down
zmrbd
Executive
Executive


Male
Posts : 2507
Age : 44
Location : K.L
Status : Married
Joined : 2009-04-20

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Mon Dec 21, 2009 12:35 pm

ni nak mati pun x ingat2...selagi x dpt apa yg dia nak rasa2 dia nak tobat?
Back to top Go down
qaidah
Manager
Manager


Male
Posts : 7761
Age : 35
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Mon Dec 21, 2009 10:27 pm

balun la
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)   Today at 9:42 pm

Back to top Go down
 
ingatan untuk saya dan anda (for gurlz)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anime and Manga Awards Show
» VALAVANIS AUTUMN TOKONOMA DISPLAY
» The Bazar
» die grinder, tools question
» Vietnam International bonsai show

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar & Berita-
Jump to: