Wanita suspek bunuh komander HamasDAHI kelmarin menunjukkan dua
daripada 11 suspek yang terlibat dalam pembunuhan Mahmoud (gambar
kecil) di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai.
|
FOLLIARD
|
DUBAI - Enam lelaki Britain dan seorang wanita Ireland merupakan
antara yang diburu pihak berkuasa Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
kerana menganggotai skuad pembunuh yang membunuh seorang komander
pergerakan Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di sebuah hotel mewah di sini.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan Tamim pada satu sidang akhbar kelmarin.
Wanita berambut perang itu, Gail Folliard menyamar sebagai pelancong semasa tiba di Dubai.
Pihak berkuasa Dubai kini memburu enam rakyat lelaki Britain dan
wanita tersebut bersama lima orang lagi yang dipercayai sudah melarikan
diri dari UAE selepas membunuh Mahmoud.
Kumpulan 11 orang itu tiba dengan menaiki penerbangan berasingan dan menghabiskan masa kurang sehari di UAE untuk mengesan Mahmoud di Hotel Al Bustan Rotana dekat sebuah lapangan terbang.
Mahmoud ditemui mati di hotel itu setelah didera dan dilemaskan pada 20 Januari lalu.
"Kami tidak lagi meragui bahawa terdapat 11 orang pemegang pasport
asing dan kami kesal kerana mereka menggunakan dokumen perjalanan
negara-negara sahabat," kata Dahi.
Dalam satu kenyataan pada bulan lalu, Hamas yang memerintah Tebing
Gaza di Palestin mengetahui bahawa Mahmoud terlibat dengan penculikan
dan pembunuhan dua askar Israel pada 1989.
Sebelum ini, Dahi menyatakan penglibatan Israel dalam pembunuhan itu tidak boleh diketepikan. - Agensi