Misteri lembaga hantu terbongkar
|
GAMBAR menunjukkan wajah budak perempuan (bulatan) pada sekeping poskad pada 1922.
|
BANDAR WEM, Britain - Misteri identiti satu lembaga budak perempuan
yang dianggap hantu dan dirakamkan oleh jurugambar amatur, Tony
O'Rahilly semasa sebuah dewan terbakar di sini pada 1995 mungkin telah
diselesaikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pesara jurutera, Brian Lear, 77, lembaga budak
perempuan itu sama seperti dengan imej budak perempuan yang dilihat
berdiri di tepi pintu yang terdapat pada sekeping poskad tahun 1922.
Jurutera itu mengesan wajah budak perempuan itu semasa imej poskad
tersebut disiarkan semula bagi ruangan mengimbas kenangan di sebuah
akhbar tempatan.
"Saya tertarik untuk mendapati budak perempuan itu kelihatan seperti
budak perempuan yang digambarkan sebagai hantu Wem," katanya.
Pada mulanya, gambar tersebut dirakamkan oleh O'Rahilly yang
merupakan seorang pekerja pembetungan ladang yang melihat dewan berusia
90 tahun tersebut terbakar pada November 1995.
Pekerja pembentungan itu hanya mengetahui imej lembaga tersebut semasa dia mencuci filem berkenaan.
Imej itu mendapat liputan meluas sekali gus menyebabkan imej lembaga berkenaan diberi gelaran sebagai hantu Wem.
Namun, seorang anggota Persatuan Jurugambar Diraja, Dr. Vernon
Harrison menganggap bahawa lembaga budak perempuan itu mungkin terjadi
disebabkan oleh teknik cahaya dan bukannya kerana kewujudan hantu. -
Agensi