20 minit selamatkan anak rubahSEORANG anggota agensi perlindungan haiwan memegang anak rubah yang terperangkap dalam balang kaca di Ilford, Britain.
ILFORD, Britain - Rubah terkenal kerana kepintaran tetapi seekor
anak haiwan itu mungkin tekun berburu sehingga kepalanya terlekat dalam
sebuah balang kaca, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak rubah itu yang bernama Fizzle menerima nasib malang apabila
kepalanya terlekat ketika lidahnya menjilat kandungan dalam balang
tersebut.
Sebuah agensi perlindungan haiwan menghantar kakitangan-kakitangannya selepas pemilik Fizzle meminta pertolongan.
Pemilik itu menemui haiwan tersebut terkapai-kapai di halaman rumahnya di sini.
Seorang pegawai pembela haiwan, Susan Briggs yang berjaya
menyelamatkan Fizzle berkata: "Kami melakukan pemeriksaan dan mendapati
kepalanya terlekat dalam balang kaca.
"Kami menyembur air di kepala haiwan itu untuk menenangkannya."
Menurutnya, semburan bagi mengusir lalat turut dilakukan bagi mengelak haiwan itu membiakkan telurnya.
"Kami turut menyembur air ke dalam mulutnya kerana tubuhnya kelihatan seperti kehilangan air," kata Briggs.
Seorang jurucakap agensi perlindungan haiwan itu, Klare Kennett
berkata: "Anggota-anggota penyelamat membasahkan leher haiwan itu
supaya ia dapat melonggarkan cengkaman pada balang sebelum menariknya
keluar."
Menurutnya, operasi menyelamat itu berlangsung selama 20 minit.
- Agensi