Kisah bagaimana ahli bomba yang cuba memadamkan kebakaran kilang di Sg
Buloh. Bukan dapat memadamkan api sahaja tetapi terbongkarnya tembelang
kilang-kilang sekitarnya.
Kawasan perindustrian ini merupakan
antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan
perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak
menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai
barangan utama di negara ini dan untuk eksport.
Di sinilah
antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di
mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya
di celah-celah ratusan bangunan kilang.
Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda
tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh
pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal
pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak
hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha
juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang
sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan
yong-yong itu.
Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi
dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang
dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia
sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon
yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat.
Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.
Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh
Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong
dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau
Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.
Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami kerosakan.