Pakar IT paling hebat seks
|
SEORANG pengguna sedang melayari Internet. - Gambar hiasan
|
LONDON - Satu tinjauan melibatkan 2,000 pekerja pelbagai sektor di
Britain mendapati pakar komputer merupakan pasangan seks terbaik, lapor
sebuah akhbar semalam.
Kajian melibatkan pekerja lelaki dan wanita itu mendapati pakar
komputer tidak mementingkan diri sendiri, paling gemar meneroka dan
kerap menggunakan alat permainan seks ketika bersama pasangan mereka.
Sebelum ini, golongan lelaki yang bekerja di sektor teknologi maklumat
(IT) dianggap sebagai selekeh dan tidak romantis.
Bagaimanapun, tinjauan terbaru itu mendapati 82 peratus pekerja
sektor berkenaan lebih mementingkan keperluan pasangan mereka manakala
78 peratus golongan tersebut gemar menggunakan alat permainan seks di
ranjang.
Keputusan tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dicatat
pekerja sektor lain. Paling memeranjatkan, tinjauan sama mendapati
mereka yang bekerja di dalam industri kecergasan didapati lebih
mementingkan keseronokan diri sendiri berbanding pasangan mereka.
Bagaimanapun, golongan itu didapati paling kerap melakukan hubungan
seks diikuti pekerja pejabat manakala pekerja sektor IT mengekori pada
kedudukan ketiga. - Agensi