First topic message reminder :
SEBANYAK 67,000 pakaian dalam digantung di kawasan lapang.
<hr noshade="noshade" size="1">
BIASANYA, pakaian dalam berperanan sebagai satu produk yang
melindungi anggota tubuh wanita. Sejajar peredaran zaman, pakaian dalam
telah dipelbagaikan reka cipta, pilihan warna dan corak yang sekali gus
memberi nilai tambah kepadanya. Ia juga boleh menjadi lambang kepada
kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Justeru, muncul
aktiviti yang menggunakan produk ini untuk mengumpul derma.
SEORANG pelancong merakamkan foto pakaian dalam yang pelbagai.
<hr noshade="noshade" size="1">
Inisiatif aneh sebuah stesen radio yang berpangkalan di Kanada ini
boleh menjadi contoh dalam membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap
penyakit kanser. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.
INISIATIF aneh ini sempena memberi kesedaran kanser payu dara.
<hr noshade="noshade" size="1">
Stesen ini telah mengumpul kira-kira 67,000 baju dalam dan
menggantungnya di sebuah kawasan lapang yang terletak berhampiran
dengan Pelabuhan Montreal, Kanada.
Koleksi baju dalam ini adalah sumbangan masyarakat setempat dan
selebriti terkenal bagi merealisasikan misi pertubuhan tersebut dalam
membawa kesedaran tentang kanser payu dara dalam kalangan wanita
tempatan.