First topic message reminder :Hantu Jacko di bonet keretaIMEJ Jacko terbentuk pada bonet kereta Sloggett.
|
GAMBAR imej Jacko.
|
STAFFORD - Seorang lelaki, Gary Sloggett yang berumur 43 tahun
terkejut apabila dia mendapati terdapat wajah mirip penyanyi Michael
Jackson pada bonet keretanya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih
hidup itu dapat dilihat di bonet kereta jenama Rover, 13 jam selepas
penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles, Amerika
Syarikat (AS).
Gambar Jacko itu dirakamkan oleh Sloggett ketika dia mengambil
gambar keretanya itu untuk dihantar kepada sebuah majalah jualan
kereta.
Dia kemudian memuat naik imej itu di komputer dan berasa terkejut selepas mendapati terdapat wajah mirip Jacko di bonetnya.
"Ia sungguh luar biasa. Penjelasan yang munasabah ialah terdapat
pembentukan awan yang terjadi ketika gambar itu dirakamkan," kata
Sloggett.
Gambar Jacko itu dibentuk oleh awan menyebabkan bayangannya itu dapat dilihat pada bonet kereta Sloggett yang berkilat. - Agensi