Lubang ditemui di MusytariGAMBAR yang dirakam oleh
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan
lubang (dalam bulatan) di Planet Musytari.
CANBERRA - Seorang ahli astronomi amatur dekat sini, Australia.
Anthony Wesley menemui sebuah lubang di Planet Musytari yang sebesar
Bumi dengan menggunakan teleskop buatannya sendiri di pekarangan
rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang menemui lubang itu pada pukul 1 pagi waktu tempatan
kelmarin menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) bagi memberitahu penemuan
tersebut.
Saintis-saintis NASA kemudian menggunakan teleskop inframerah di Hawaii dan menemui lubang kesan hentakan sebuah komet.
"Saya seperti tidak mempercayainya. Saya kemudian menyedari Planet
Musytari telah dihentam oleh sesuatu," kata Wesley yang berumur 44
tahun dan bertugas sebagai perunding teknologi maklumat. - Agensi