First topic message reminder :Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja
dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng
memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan
lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk
resipi sambal dan kuah bagi mee.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia
membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak
sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku
lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing
hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah!
Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku
geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan
halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti
ini. Aduhai!
Kredit kepada : http://www.bluehikari