Sarang lebah plastik diperkenalSEORANG lelaki memegang bingkai sarang lebah moden di tengah London kelmarin.
LONDON - Sejenis sarang lebah yang diperbuat daripada plastik
diperkenalkan di Britain semalam untuk menggalakkan orang ramai
menternak serangga itu di taman atau di atap kediaman mereka bagi
menambahkan bilangannya yang semakin berkurangan.
Lebah-lebah dilihat suka dengan rumah berciri moden setelah ia
didapati masuk dan keluar dari kotak yang diletakkan di sebuah pejabat
pemeliharaan serangga iaitu Agensi Natural England di sini.
Ketua saintis agensi tersebut, Tom Tew berkata, jika ramai penduduk
bandar yang menternak lebah maka ia akan meningkatkan jumlah serangga
tersebut serta menghalang ia daripada serangan penyakit atau ancaman
pemangsa.
"Jika kita mahu tanaman berbunga maka kita perlu populasi serangga," katanya.
Syarikat Omlet yang mengeluar sarang tersebut mendakwa sarang dengan
kelebaran satu meter dan 0.5 meter tinggi itu merupakan dua kali ganda
lebih besar berbanding sarang lebah biasa.
Jumlah lebah madu di Britain jatuh sehingga 15 peratus sejak dua tahun lalu, kata satu data kerajaan. - AFP