Sikap berubah kerana korneaPALMER menjadi rajin selepas mendapat kornea baru.
DONCASTER, England - Seperti kebanyakan lelaki, Will Palmer malas
melakukan kerja rumah tetapi dia menjadi rajin selepas memperoleh
kornea baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak perunding kewangan berusia 46 tahun itu menjalani pembedahan
pemindahan kornea pada Mac lepas, dia suka mengemas rumah sekali gus
mengejutkan isterinya, Sarah Gadsby, 45.
"Sebelum penglihatan saya mulai kabur, isteri saya kerap berleter
supaya saya membantu kerja-kerja mengemas rumah. Kini, saya suka
melakukan kerja rumah," katanya..
Perubahan yang mendadak itu menyebabkan Palmer percaya kornea mata yang diperolehnya itu mungkin milik seorang wanita.
"Saya harap selepas ini saya tidak akan teruja melihat pakaian
wanita," ujar bapa kepada tiga anak itu di kediamannya di sini. -
Agensi