Wanita dakwa pernah jadi Permaisuri Mesir
|
NILEEN melakukan pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Permaisuri Nefertiti.
|
|
SATU ukiran patung menunjukkan wajah Permaisuri Nefertiti.
|
SEORANG ibu tunggal, Nileen Namita sanggup melakukan lebih 50
pembedahan plastik sejak lebih 20 tahun lalu kerana dia percaya dirinya
pernah hidup sebagai isteri Firaun Akhenaten, Permaisuri Nefertiti di
Mesir.
Menurut sebuah akhbar semalam, Nileen yang berumur 49 tahun telah
membelanjakan sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) bagi melakukan satu siri
pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Nefertiti.
Wanita itu mula mengorak langkah melakukan perubahan pada wajahnya
sejak 1987 selepas dia percaya dirinya pernah menjadi Permaisuri
Nefertiti.
Ketika di zaman kanak-kanak, wajah permaisuri itu kerap muncul dalam mimpinya.
"Saya dapat melihat di mana permaisuri itu tinggal, hamba, bilik dan
makanan yang dimakannya walaupun pada mulanya saya mendapati mimpi
tersebut menakutkan," kata Nileen.
Menurutnya, berikutan mimpi itu, dia melakukan penyelidikan termasuk
menemui seorang kaunselor psikologi semasa berumur 23 tahun.
"Saya kemudian mengetahui bahawa saya mendapat mimpi itu kerana saya merupakan penjelmaan semula Nefertiti," jelasnya.
Nileen berkata, dia memutuskan untuk mengubah wajahnya supaya
kelihatan mirip Nefertiti selepas imej permaisuri itu kerap muncul
dalam mimpinya.
Dia telah menjalani 51 pembedahan plastik bagi membolehkan wajahnya kelihatan mirip Nefertiti.
"Tiada sesiapa yang percaya saya berusia hampir 50 tahun dan
mempunyai tiga orang anak kerana bentuk badan dan muka saya kelihatan
seperti wanita yang berusia 25 tahun," ujarnya. - Agensi