West ganggu majlis MTVWEST (kiri) memprotes kemenangan
Swift (kanan) yang memenangi anugerah kategori video wanita terbaik di
Radio City Music Hall, New York kelmarin.
NEW YORK - Penyanyi berumur 19 tahun, Taylor Swift memenangi
anugerah video artis wanita terbaik pada majlis Muzik Video MTV
menerusi klip
You Belong With Me, kelmarin.
Swift berasa terkejut kerana pada kebiasaannya MTV tidak memberikan
anugerah kepada penyanyi muzik yang menyanyikan lagu berentak country.
"Saya berdiri di atas pentas dan saya teruja kerana saya sudah
memenangi award," kata Swift selepas majlis itu berlangsung di Radio
City Music Hall.
Namun, penyanyi rap, Kanye West mengejutkan tetamu apabila dia merampas mikrofon daripada Swift.
West menyatakan Beyonce perlu menang kerana video muziknya,
Single Ladies dianggap sebagai karya terbaik yang pernah diterbitkan.
Tindakan West itu mengganggu Switf yang ketika itu sedang memberi ucapan kemenangan.
Tetamu-tetamu MTV Video kemudian mengejek West sebelum dia diminta meninggalkan majlis.
Beyonce kemudian diumumkan sebagai pemenang video muzik terbaik sepanjang tahun menerusi klip
Single Ladies dan dia menaiki pentas untuk megambil anugerah.
Namun, Beyonce menjemput Swift untuk naik ke pentas bagi menyampaikan ucapan kemenangan yang diganggu oleh West.
West kemudian meminta maaf kepada Swift dan peminatnya berhubung kelakuannya mengganggu majlis itu menerusi blognya.
Dalam anugerah itu, penyanyi Lady Gaga memenangi kategori artis baru terbaik menerusi klip
Poker Face manakala Eminem menang kategori video hip hop terbaik berdasarkan klip
We Made You.
Penyanyi Britney Spears memenangi kategori video pop terbaik menerusi lagu klip video
Womanizer dan klip
Live Your Life nyanyian T.I menang katgori video lelaki terbaik.
Kategori video rock terbaik dimenangi oleh kumpulan Green Day menerusi klip
21 Guns. - Agensi