Mandul sebab seks bebasLONDON - Seorang remaja di Britain yang berhasrat mahu berkahwin
didapati mandul kerana dia mendapat jangkitan akibat seks bebas, lapor
sebuah akhbar semalam.
Remaja itu, Lizzie Steele, 19, (gambar) dari Somerset dipercayai
mengalami jangkitan bakteria chlamydia yang lazimnya dialami oleh
wanita berumur 30-an.
Remaja itu disahkan mengalami penyakit itu yang menyebabkan dia mandul pada usia muda.
"Saya mengaku pernah mengadakan hubungan kelamin secara rambang
dengan seorang lelaki yang baru ditemui di Pulau Ibiza, Sepanyol ketika
bercuti tahun lalu," katanya.
Kondom dipakai lelaki itu terkoyak dan setelah pulang ke Britain,
Lizzie menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan seks yang
mengesahkan dia mengalami jangkitan chlamydia.
Remaja itu dijangka berkahwin dengan tunangnya, Oliver, 29, seorang
jurutera mekanikal yang melamarnya selepas enam bulan mereka berkenalan.
Ketua Perubatan Reproduktif di Hospital St George, London, Dr. Geeta
Nargund berkata, penurunan kesuburan kini turut melanda wanita pada
usia 20-an.
"Sebelum ini, kemandulan disebabkan faktor gaya hidup seperti
merokok, terlalu gemuk atau kurus dan sekarang melibatkan wanita yang
membuat seks tanpa perlindungan," katanya. - Agensi