Model iklan didapati pendatang haramCHAM (tengah) berjalan di London kelmarin.
LONDON - Seorang wanita dari Gambia, Fatou Cham yang menjadi model
iklan pakaian yang dijual di sebuah pasar raya didapati seorang
pendatang haram di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berumur 32 tahun disoal siasat di rumahnya di East Ham,
timur London semalam kerana disyaki tinggal secara haram di Britain
selepas visanya tamat tempoh.
Seorang peguam Cham, Jamil Trawally memberitahu, wanita berkulit
hitam itu mula mendapat tumpuan pihak berkuasa selepas dia menjadi
model.
Bagaimanapun, Cham berkata: "Saya memasuki Britain bagi mencari
kehidupan lebih baik dan tidak pernah menipu orang," kata bekas pelajar
perakaunan di Universiti London Metropolitan.
Dia bekerja dengan pasar raya tersebut pada 2002 tetapi ketika itu
warga asing hanya perlu mempunyai nombor insurans jika mahu bekerja di
Britain.
Namun, pada 2004, warga asing dikehendaki mempunyai visa kerja
tetapi mereka yang sudah bekerja sebelum tahun itu dikecuali daripada
memilikinya. - Agensi