Ibu Manohara akan ditangkapGAMBAR fail menunjukkan Manohara bersama ibunya, Daisy.
JAKARTA - Daisy Fajarina yang merupakan ibu model terkenal
Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan ditangkap oleh pihak berkuasa
Indonesia pada bila-bila masa berhubung kes penderaan yang dilakukannya
terhadap seorang pembantu rumahnya.
Menurut sebuah akhbar kelmarin, aktivis wanita yang menangani kes
tersebut, Ratna Sarumpaet mendakwa Daisy akan ditangkap kerana mendera
pembantu rumah itu, Shaliha semasa gadis tersebut diambil bekerja
dengannya di Perancis.
"Kita memeriksa surat yang telah dikeluarkan pihak berkuasa
Perancis. Surat itu sudah dikirimkan kepada pihak berkuasa di sini dan
jika (siasatan) sudah selesai, pihak Interpol akan menangkapnya,"
tegasnya.
Menurutnya, beberapa pihak yang berkaitan dengan kes itu akan
diminta memberi keterangan termasuk ibu Daisy yang ketika ini menetap
di Makassar.
Sementara itu, Daisy masih belum dapat dihubungi untuk memberi ulasan berhubung kes tangkapannya.
Daisy sebelum ini mendapat liputan media kerana mendakwa anaknya,
Manohara mengalami penderaan seksual semasa hidup bersama suaminya,
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry. - Agensi