Perompak rogol wanita hamil depan suamiIMEJ kamera litar tertutup (CCTV)
menunjukkan dua lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan
rompakan dan rogol seorang wanita hamil.
LONDON - Polis Britain menawarkan ganjaran sehingga £20,000
(RM111,300) untuk menangkap tiga lelaki dipercayai merogol seorang
wanita hamil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku di Finsbury Park, utara London pada Mei tahun
lalu namun baru didedahkan pihak polis kelmarin atas sebab permintaan
daripada pasangan suami isteri terbabit.
Suspek-suspek itu yang disyaki sebagai perompak yang cuba memecah
masuk rumah mangsa semasa pasangan suami isteri sedang menonton
televisyen sebelum mereka mendengar bunyi bising di luar kediaman.
Suami mangsa yang berusia 39 tahun kemudian pergi meninjau keadaan
dan terserempak dengan tiga lelaki berkulit gelap, salah seorangnya
berketurunan Asia yang memakai topeng muka berada di pintu masuk rumah
itu.
Suspek-suspek mengacu sepucuk pistol ke kepala lelaki itu sebelum
meminta kunci sebuah kereta Audi, komputer riba, telefon bimbit dan
wang tunai mangsa.
Salah seorang suspek membawa mangsa wanita berumur 33 tahun yang
sarat hamil tujuh bulan ke bilik tidur sebelum memaksanya melakukan
seks oral yang kemudian dirujuk sebagai rogol.
Polis menyatakan suami mangsa sempat merayu kepada perompak itu
dengan menjerit: "Dia sedang mengandung, lepaskanlah dia dan beritahu
saya apa yang kamu mahu."
Namun suspek tersebut memukul lelaki itu dengan pistol manakala
wanita berkenaan mengalami trauma berikutan serangan seksual yang
berlaku di dalam rumahnya sendiri.
Dua lelaki yang wajahnya dirakamkan oleh imej litar kamera tertutup (CCTV) kini diburu polis bagi membantu siasatan. - Agensi