Dirogol lelaki beristeri empatOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Peristiwa hitam dirogol lelaki beristeri empat menyebabkan Milah berubah menjadi gadis liar.MILAH pernah melalui fasa hidup yang sangat hitam dan penuh noda.
SEJAK berusia 10 tahun lagi, Milah (bukan nama sebenar) telah
terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Dia mendakwa puncanya ialah
pengaruh kawan-kawan tetapi bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi.
Berusia 14 tahun kini, Milah merupakan anak bongsu daripada tiga
adik-beradik. Berasal dari Utara, bapanya cuma seorang pekebun manakala
ibunya suri rumah sepenuh masa.
Hakikatnya, keluarga Milah telah memberikan dia kasih sayang serta
ilmu agama. Namun, semua itu belum cukup untuk dia jadikan bekalan
dalam mengharungi gelora zaman remajanya.
“Mula-mula saya ikut mat rempit pergi merewang (berjalan-jalan) serta melepak di pusat beli-belah.
“Aktiviti yang biasanya kami lakukan ialah minum arak terutama yang
berbotol besar kerana ia lebih nikmat. Kami juga mengambil pil khayal
serta menghisap ganja dan dadah.
“Malah saya mempunyai ramai abang angkat, adik angkat serta kakak
angkat. Namun, tidak pernah sekali pun saya melakukan hubungan seks
dengan lelaki. Tapi berpelukan, bercium dan membiarkan alat sulit
diraba sepuasnya itu biasalah,” katanya membuka bicara.
Peristiwa di bilik hotelMalangnya, peristiwa hitam dia dirogol oleh seorang lelaki beristeri
empat pada tiga tahun lalu telah menterbalikkan terus kehidupan Milah.
“Semasa cuti persekolahan, saya dan teman lelaki bercadang untuk
bercuti di rumah kakaknya di Damansara, Kuala Lumpur tetapi niat itu
terbantut kerana kami kekurangan wang. Maklumlah kami masih bersekolah
rendah dan tiada duit sendiri.
“Dia (teman lelaki) pulang semula ke rumah tetapi saya pergi ke
pusat karaoke bersama rakan perempuan yang lain. Di pusat hiburan
itulah saya bertemu dengan seorang lelaki bernama Helmi,” ujarnya.
Helmi berusia dalam lingkungan 40 tahun. Dia mendakwa dirinya seorang usahawan alat ganti kereta dan sudah beristeri empat.
Helmi berpakaian serba mahal dan memakai kereta Toyota Vios.
“Selepas habis menyanyi, Helmi mengajak saya minum di sebuah kedai
makan. Rakan lain telah pulang dan tinggallah saya berdua bersama
Helmi.
“Selepas itu, Helmi mengajak saya bermalam di hotel kerana hari
telah lewat malam. Saya enggan tetapi dia pandai memujuk sehingga saya
termakan dengan rayuannya,” ujar Milah.
Di bilik hotel, Milah terperanjat besar melihat Helmi membuka semua
pakaiannya dan tanpa segan silu mengajak Milah melakukan hubungan seks.
“Saya enggan walaupun dipujuk berkali-kali. Dia marah lalu
mengangkat sebelum mencampakkan tubuh saya ke atas katil. Dia membuka
pakaian saya dengan kasar.
“Saya meronta-ronta supaya dilepaskan tetapi badan Helmi begitu sasa
dan bertenaga. Akhirnya saya kehilangan mahkota. Tiada apa yang saya
boleh lakukan ketika itu kecuali menangis,” imbau Milah.
Lebih menyedihkan, Helmi memaksa Milah ke Kuala Lumpur untuk
dijadikan perempuan pemuas nafsunya. Dia mengugut untuk mencederakan
Milah jika gadis itu enggan mengikut kehendaknya.
“Bimbang dengan keselamatan diri, saya menurut sahaja tetapi saya tidak henti-henti merayu agar dilepaskan.
“Akhirnya saya dilepaskan tetapi dirogol sekali lagi di Hentian
Rawat dan Rehat Sungai Buloh sebelum dihantar pulang ke Perak semula.”
Kejadian itu kemudian dilaporkan pada pihak polis dan selepas itu
barulah tembelang Helmi pecah. Rupa-rupanya, Helmi mempunyai banyak
rekod jenayah termasuk menyamar sebagai anggota polis, penguat kuasa
dan usahawan sebagai taktik memperdayakan gadis-gadis sebelum merogol
mereka. Sehingga kini Helmi dipercayai gagal dikesan.
Pelacur sekolah“Kerana peristiwa itu, saya merasakan apa gunanya hidup lagi kerana sudah tidak mempunyai dara. Masa depan saya terasa hancur.
“Malangnya saya membiarkan diri terus hanyut. Saya mula melakukan hubungan seks dengan abang angkat.
“Saya jadi liar dan mempunyai ramai teman lelaki terutama di
kalangan pelajar sekolah walaupun sebenarnya mereka hanya mahukan tubuh
saya hinggakan saya digelar bohsia sekolah,” akui Milah.
Namun pada suatu hari, ketika sedang ‘bermesra’ bersama abang
angkatnya yang bernama Leman di rumah lelaki itu, Milah tidak menyedari
gambar dirinya yang sedang memakai tuala berwarna putih yang ada dalam
simpanan telefon bimbitnya telah dilihat oleh Leman.
“Leman terus menghantar gambar itu melalui sistem pesanan multimedia (MMS) ke telefon bimbitnya tanpa saya sedari.
“Kemudian, Leman bertindak menyebarkan gambar itu kepada
rakan-rakannya dengan bayaran RM3. Lebih memalukan, Leman juga menulis
pada gambar itu saya menawarkan perkidmatan seks dengan bayaran RM30.
“Walaupun saya kerap menukar nombor telefon kerana asyik diganggu
siang dan malam, saya akui ada juga menerima tawaran untuk memberikan
perkhidmatan seks,” katanya.
Bicara Milah lagi, selain menerima wang tunai, dia juga menerima kad
prabayar bernilai RM10, coklat dan barang kemas sebagai bayaran.
“Aktiviti itu berlarutan sehingga saya ditangkap oleh pengetua
sekolah semasa melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki di
stor sukan sekolah.
“Pengetua dapat mengesan perkara terkutuk itu selepas dia menerima
aduan daripada pelajar lain yang mendengar bunyi bising dari stor
tersebut.
“Dia amat malu dengan perbuatan saya. Akhirnya, saya dibuang
sekolah. Malah permohonan saya untuk bersekolah di sekolah lain juga
ditolak kerana rekod buruk saya,” katanya.
Keluarga Milah ternyata sangat kecewa lebih-lebih lagi-lagi mereka
belum dapat menerima kenyataan anak gadis mereka dirogol sebelum ini.
“Mereka menghantar saya ke Pusat Pemulihan Baitul Fiqh di Subang Jaya, Selangor untuk menjalani pemulihan.
“Saya sedar banyak dosa dan noda telah saya lakukan. Tapi saya yakin
pintu taubat masih terbuka dan akan berusaha sebaik mungkin untuk
bertaubat. Doakan saya berjaya,” ucap Milah.