Terjatuh dari ketinggian 50 meterGAMBAR menunjukkan Baveja (gambar kecil) terjatuh ketika terjun bungee di Phuket, Thailand.
BANGKOK - Seorang pelancong Britain, Rishi Baveja masih hidup
selepas tali bungee terlucut baru-baru ini tetapi dia terpaksa
menjalani pembedahan limpa, lapor sebuah akhbar semalam.
Graduan Universiti Cambridge dari Wakefield, West Yorkshire itu
nyaris maut dari ketinggian 50 meter di sebuah lagun di Kathu, Phuket,
689 kilometer di selatan Bangkok.
Baveja membayar £50 (RM276) dan terjun pada kelajuan 130 kilometer
sejam sebelum kakinya terlucut daripada ikatan tali kabel menyebabkan
dia terjatuh ke dalam lagun.
Dia yang menghabiskan cuti sebulan di pulau peranginan itu dihantar
ke sebuah hospital di Bangkok dan menerima rawatan selama sebulan
sebelum dibenarkan keluar.
Dia mengalami luka dan hentakan kuat akibat terjunam ke dalam lagun di bahagian paru-paru, hati dan limpa.
"Saya akan mengalami kerosakan di bahagian kepala atau mungkin
meninggal dunia jika kepala saya 'terhempas' dulu ke dalam lagun," kata
Baveja. - Agensi