Kereta 'hempap' bumbung rumahSEBUAH kereta terbabas di atas bumbung banglo di Sydney.
SYDNEY - Sebuah kereta terbabas ke atas bumbung sebuah rumah selepas
'terbang' kerana melanggar timbunan debu selepas merempuh sebatang
lampu isyarat di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemilik rumah itu, Peter Arnold dan Kay Arnold terjaga daripada tidur semasa kereta itu menghempap bumbung rumah banglo mereka.
Pasangan itu keluar dari rumah bersama seorang anak mereka yang
berusia tiga bulan, Zoe dan berasa terkejut setelah mendapati kereta
tersebut berada di atas bumbung rumah.
Kerja-kerja menyelamatkan mangsa oleh anggota-anggoba bomba mengambil masa selama sejam.
BEBERAPA anggota bomba mengusung seorang pemuda yang cedera di sebuah rumah banglo di Sydney.
Seorang daripada pemuda berkenaan terperangkap di atas bumbung selepas berjaya keluar dari kereta itu.
Rakannya itu pula terperangkap di dalam kereta.
Kedua-dua pemuda itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital.
Polis mengesyaki kejadian itu berpunca akibat kereta dipandu laju atau pemandunya terlalu banyak meminum minuman keras.
Perlumbaan haram turut menjadi tumpuan siasatan pihak polis bagi mengetahui punca kejadian.
"Saya pernah menyiasat banyak kemalangan teruk tetapi kali ini ia
merupakan satu nahas yang ganjil," kata seorang pegawai polis,
Inspektor Adrian Grech. - Agensi