Mason lelaki paling gemuk di dunia GAMBAR menunjukkan Mason (kanan) pada tahun 2007.
IPSWICH, England - Doktor-doktor Britain kini berusaha untuk
menyelamatkan Paul Mason, 48, yang dipercayai lelaki paling gemuk di
dunia dengan berat 444.52 kilogram (kg) dengan menghantarnya ke sebuah
hospital, lapor sebuah akhbar semalam.
Mason, 48, perlu menjalani pembedahan bagi membuang lemak sebanyak
berpuluh-puluh kilogram tetapi ia perlu dilakukan di sebuah hospital di
Chichester, Sussex Barat.
Lelaki itu kini berada di rumahnya di Ipswich menyebabkan sebuah
helikopter tentera mungkin digunakan untuk membawanya ke hospital
tersebut.
URIBE pernah dinobat lelaki paling gemuk di dunia.
Lelaki itu dipercayai ketagih makanan yang menyebabkan dia mampu
makan sehingga 20,000 kalori pada setiap hari berbanding orang dewasa
normal iaitu 2,500 kalori sehari.
Pada 2007, berat badan Mason pernah mencapai 393 kilogram sebelum
merosot kepada 285 kilogram tetapi kemudian bertambah sebanyak 158
kilogram.
Rekod manusia paling gemuk sebelum ini dipegang seorang lelaki dari
Amerika Syarikat, John Minnoch, dengan berat 647 kilogram dan meninggal
dunia pada 1983.
Seorang rakyat
Mexico, Manuel Uribe pernah mendapat gelaran lelaki paling gemuk
apabila beratnya mencecah 596 kilogram tetapi dia kemudian berjaya
menurunkan sebanyak 181 kilogram pada 2007 lalu. - Agensi