Ribuan berkelah di jambatan SydneySEBAHAGIAN daripada ribuan penduduk yang berkelah di Jambatan Pelabuhan Sydney semalam.
SYDNEY - Ribuan penduduk Australia bersarapan pagi di Jambatan
Pelabuhan Sydney semalam yang diubah suai menjadi sebuah dataran
berumput.
Lebih 6,000 orang yang dipilih melalui undian cabutan bertuah yang
diadakan baru-baru ini berkelah di jambatan itu pada waktu pagi.
"Menakjubkan apabila jambatan ini menjadi sebuah kawasan perkelahan.
Pada kebiasaannya kami menaiki kereta dan menyeberangi jambatan," kata
seorang penduduk, Don Fuchs.
BEBERAPA penduduk melihat pemandangan semasa berkelah.
Peserta-peserta membawa bersama bungkusan buah-buahan dan makanan
ringan manakala pihak penganjur menyumbangkan roti bakar, jem, epal dan
yogurt.
Seorang pemain piano menghiburkan orang ramai dengan mempersembahkan
pelbagai muzik dan sekumpulan lembu dibiar meragut rumput bagi
memberikan suasana seperti desa. - AP