Penyanyi legenda rebah semasa menyanyiMORRISSEY rebah semasa membuat persembahan di Oasis Leisure
Centre, Swindon kelmarin.
SWINDON - Penyanyi legenda Britain, Morrissey (gambar), 50, rebah
semasa dia membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di sini
kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Morrissey atau nama sebenar Steven Patrick Morrissey rebah di Oasis
Leisure Centre sini, 130 kilometer ke timur London sebelum dua pemain
muzik di pentas membawanya ke keluar.
Mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa bekas penyanyi
kumpulan The Smith itu ke sebuah hospital dan dia dilaporkan mengalami
masalah kesukaran pernafasan.
Semasa kejadian, dia baru menyanyikan lagu popularnya pada 1983,
This Charming Man sebelum rebah namun 1,000 penonton tidak menyedarinya kerana pentas agak gelap.
Insiden itu menyebabkan persembahan Morrissey terpaksa ditangguhkan
manakala seorang jurucakap hospital memberitahu, Morrissey yang
mendapatkan rawatan didapati berada dalam keadaan stabil semalam.
Pada Mei lalu, dia yang kini popular dengan album baru,
Years of Refusal dinamakan oleh stesen
Perbadanan Penyiaran British (BBC) sebagai artis pop Britain yang paling berpengaruh.
Majalah hiburan
Rolling Stone pernah menyenaraikan Morrissey antara penyanyi terbaik dalam sejarah. - Agensi