TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
Bakat Berg susun atur kad I_vote_lcap9%Bakat Berg susun atur kad I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
Bakat Berg susun atur kad I_vote_lcap14%Bakat Berg susun atur kad I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
Bakat Berg susun atur kad I_vote_lcap78%Bakat Berg susun atur kad I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 Bakat Berg susun atur kad

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Spawn
General Manager
General Manager
Spawn


Male
Posts : 3836
Age : 39
Location : Dasar Laut
Status : pembunuh upahan
Joined : 2008-07-01

Bakat Berg susun atur kad Empty
PostSubject: Bakat Berg susun atur kad   Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeMon Nov 02, 2009 12:46 pm

Bakat Berg susun atur kad

Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my

Selaku satu-satunya penyusun atur kad profesional di dunia,
Bryan Berg telah berkali-kali dikomisen untuk memecahkan rekod dunia
peribadinya.

Bakat Berg susun atur kad Ru_01.1




BEBERAPA hari sebelum datuknya menghembuskan nafas terakhir, Bryan
Berg sempat meminta autografnya. Coretan tandatangan di atas sekeping
kad itu memberi makna yang cukup besar kepada Berg.
Bagi Berg, datuknya, Ray Trojahn, adalah penyusun atur kad yang
sebenar. Meskipun Trojahn tidak mengajar cucunya secara formal,
pengaruh lelaki warga emas itu cukup kuat. Begitu signifikan sehingga
Berg mampu meraih rezeki daripada kerjaya membina bangunan.
Maaf. Bukan bangunan konkrit atau kaca biasa. Tetapi, materialnya ialah daun terup biasa.
Bakat luar biasa lelaki berusia 34 tahun itu sebenarnya bermula
sekitar 17 tahun lalu. Berg mula memecahkan rekod dunia untuk kategori World's Tallest House of Freestanding Playing Cards pada tahun 1992 menerusi pembinaan sebuah menara setinggi 4.67 meter.
Buat julung kalinya, wajah tampan anak muda itu terpampang di
dada-dada akhbar tempatan dan luar. Impak kemenangan pada ketika itu
baginya sangat istimewa dan penting.
Tetapi, tidak terlintas di fikiran Berg kejayaan yang sedikit itu menjadi asas kerjayanya pada hari ini.
"Datuk tidak ajar teknik-teknik yang saya gunakan hari ini. Semuanya
saya belajar sendiri. Tetapi, datuklah orang pertama yang
memperkenalkan seni membina bangunan dengan kepingan kad kepada saya,"
ceritanya kepada Kosmo! menerusi satu temu bual melalui e-mel dari Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Malah, Trojahn dikatakan mengikuti perkembangan setiap projek Berg sehingga saat-saat akhir hidupnya.
Temubual melalui e-mel itu telah dikelolakan oleh pengurus projek Bryan, Kristin N. Carlson.
Bakat Berg susun atur kad Ru_01.2




Takdir
Berg sendiri tidak menyangka akan percaturan takdir itu. Sudah lebih
sepuluh kali dikomisen untuk memecah rekod peribadi, nama Bryan Berg,
cukup popular di laman maya.
Buktinya, salah satu video tentang proses pembinaan sebuah replika
daun terupnya dalam Youtube telah ditonton sebanyak 2,324,666 kali.
Bulan lalu, nama Berg bergema lagi di kota New York. Di atas tapak
berkeluasan 400 meter persegi, binaan terbarunya dibuka untuk kunjungan
ramai.
Menggunakan lebih 200,000 keping kad kunci bilik hotel, binaan
bergelar Hotel Kad Kunci itu, nyata cabaran terbesar dalam kerjaya
Berg. Bukan lagi replika, projek itu turut dilengkapi sebuah lobi,
bilik air, karpet, tuala dan tandas. Semuanya daripada material yang
sama.
Sebenarnya, ia merupakan sebahagian daripada projek penjenamaan
semula rangkaian hotel terkemuka, Holiday Inn. Cetusan idea kreatif
menghasilkan hotel pertama yang diperbuat daripada kad-kad kunci itu
datang daripada pekerja hotel itu sendiri.
Tidak hanya membina keseluruhan bilik hotel, bilik air, kaunter
hadapan dan perabot di lobi dengan kad kunci, mereka turut merakam
video.
Video itu menunjukkan Berg mendaftar masuk ke Holiday Inn, tertidur
lalu mengalami satu mimpi yang gila. Dia termimpikan sebuah bilik hotel
yang dibina dengan kad dan terjaga dengan keseluruhan bilik hotel
menjadi Hotel Kad Kunci.
"Keseluruhan projek tersebut ialah satu pengalaman baru untuk saya
belajar. Sebab saya belum pernah menggunakan kad kunci sebagai material
binaan dan dilekatkan dengan gam sebelum ini.
"Cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menghasilkan sesuatu yang
digam dan nampak hidup. Selain memastikan ia selamat dipindahkan dari
New Mexico ke New York,"kata lelaki yang berkelulusan Ijazah Sarjana
pengajian rekaan dari Harvard Graduate School of Design.
Bakat Berg susun atur kad Ru_01.3
BERG mengambil masa selama 160 jam
untuk menyiapkan model Perkampungan Atlet Beijing yang menggunakan daun
terup di Hong Kong tahun lalu.



Terjatuh
Anak kelahiran Iowa, AS itu memberitahu, babak paling menarik dalam video itu ialahmomen
dia terjatuh daripada sebuah kerusi kad kunci. Saat itu sangat
signifikan kerana penonton sendiri boleh menilai antara yang benar
dengan replika yang telah dilekatkan.
Tetapi, Berg memberi jaminan bahawa semua himpunan projeknya yang lain bersifat boleh berdiri secara bebas (freestanding).
"Biasanya saya akan meruntuhkan replika-replika yang dibina selepas
itu," tambahnya sambil memberitahu bahawa projek hotel itu mencabar
kredibilitinya.
Walaupun sebahagian daripada projek itu agak rumit untuk dihasilkan,
ia satu ciptaan yang realistik. Barang-barang seperti lampu, langsir
bilik air, bantal dan tisu tandas memang boleh beroperasi sepenuhnya.
Pembinaan hotel itu dimulakan dengan struktur bahagian dinding yang
luas sebelum disusuli dengan barangan lain. Tandas merupakan bahagian
yang paling susah dan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan
memandangkan bentuk tempat duduk, mangkuk dan tangkinya.
Apabila selesai, penutup tandas dan tempat duduknya boleh digerakkan. Malah, ia boleh dipam seperti tandas sebenar.
Lazimnya, idea untuk projek berskala besar akan direka susun
menggunakan perisian komputer terlebih dahulu. Langkah itu penting agar
bayangan idea dapat dilihat oleh kliennya. Sekali gus membantu Berg
merancang strategi pembinaan.
Namun, bagi Berg tiada struktur bangunan yang lebih sukar dibina
berbanding Stadium Olimpik Beijing 2008, Sarang Burung yang dibinanya
di Hong Kong.
"Saya gunakan kaedah paling ringkas untukmembina rangka.
Risikonya sangat tinggi. Sebab rangka itu saling bertindih antara satu
sama lain dalam arah berlainan, sama seperti bangunan sebenar.
Sepanjang masa, bangunan itu seakan-akan mahu runtuh," katanya.
Bakat Berg susun atur kad Ru_01.4
BERG duduk di atas katil yang
diperbuat daripada kad kunci hotel yang disiapkannya pada September
lalu, di New York. Bilik hotel berkeluasan 37 meter persegi itu
menggunakan lebih 200,000 kad kunci dan seberat 1,814 kilogram.



Projek amal tsunami
Biarpun kebanyakan persembahannya dibayar, Berg tidak lupa diri. Dia
sedaya upaya untuk menunaikan setiap permintaan persembahan amal yang
diterimanya.
Projek amal terbesarnya sangat unik. Mengambil masa dua minggu untuk
disiapkan, projek khas di Times Square, New York itu sangat besar
ertinya. Lebih-lebih lagi bagi keluarga mangsa tragedi tsunami tahun
2004.
Selain mengumpul dana, objektif utama projek itu mendorong khalayak
membayangkan jumlah kematian dalam tragedi menyayatkan hati tersebut.
"Setiap keping kad yang digunakan untuk projek membina deretan
bangunan pencakar langit New York ini mewakili setiap seorang mangsa
bencana tsunami," jelasnya.
Bayaran bagi setiap projek bergantung kepada jumlah pendedahan dan
nilai liputan media yang diterima oleh klien Berg. Projek rekod dunia
biasanya memberi pulangan tertinggi berikutan kadar kerumitan cabaran
dan liputan media yang luas.
Bakat Berg susun atur kad Ru_01.5



Tidak melibatkan sebarang bentuk penipuan, rahsia kekukuhan sesuatu
bangunan kad itu sebenarnya sangat mudah. Ia terletak pada kedudukan
susunan kad yang bercorak modular dan sistematik.
"Kaedah utama melibatkan ratusan dan ribuan kotak kecil yang dibina bersebelahan antara satu sama lain," jelas penulis buku Stacking The Deck: Secrets of the World's Master Card Architect itu.
Mujur juga Berg tidak pernah mengalami pengalaman buruk. Cuma, ketika membina Istana Cinderella dalam satu projek Walt Disney World, seekor tupai hampir merosakkan binaannya.
Lebih membanggakan, replika Istana Cinderella itu sekali gus mencatatkan rekod dunia yang baru bagi kategori World's Largest House of Cards pada tahun 2004.
Rekod terbaru bangunan tertinggi pernah dibina Berg ialah sebuah
menara setinggi 25 kaki sembilan inci di Muzium Afrika-Amerika di
Dallas, Texas. Manakala jemputan paling jauh yang pernah diterimanya
pula datang dari Hong Kong.
Kemahiran
Star Wars, Fuji Television Japan, Post Cereal, Procter and Gamble,
Walt Disney World, Pepsi, Lexus, Coca-cola dan American Airlines.
Inilah antara senarai syarikat gergasi yang pernah mendapatkan khidmat
atau bekerjasama dengan Berg dalam projek susun atur kad.
Kemahiran dan kadar kepantasan seni susun atur kad boleh dikuasai
menerusi latihan dan keyakinan diri. Tip untuk menyusun atur kad dengan
jayanya?
"Jangan guna kad yang licin atau kad-kad baru dan jangan
mengharapkan kejayaan serta-merta," pesannya yang turut yakin seni
susun atur kad boleh dikuasainya dalam masa setahun.
Cukup berfalsafah dalam kebanyakan jawapan, juara dunia itu ada pendapat sendiri tentang kejayaannya.
"Seperti banyak perkara di dalam kehidupan, anda perlu menyukai apa
yang anda lakukan untuk berjaya. Kecekalan lebih penting daripada
segalanya. Beranikan diri dan ikut naluri hati," katanya sambil
mengakui diri bukan seorang sabar dan cuai.
Malah, pengalaman Berg menyedarkannya bahawa idea paling ringkas lazimnya lebih berkesan.
Hari ini, bukan status rekod dunia yang dipentingkan. Kepuasan Berg
itu sebaliknya lahir daripada saiz projek yang bertambah besar,
menyeronokkan dan mencabar minda.
Peluang terus terbuka dan nampaknya, dia belum mahu berhenti. Ada
ketikanya, dia tertanya-tanya kenapa hanya dia seorang yang
melakukannya.
Paling susah baginya ialah bagaimana untuk menerang dan menyakinkan orang bahawa dia diupah bagi melakukan kerja gila tersebut.
Jika tidak sibuk dengan projek, Berg suka melancong atau
bersiar-siar bersama isteri dan anjing-anjing peliharaannya di kawasan
pergunungan tempat tinggalnya.
"Saya pun suka meluncur pada musim sejuk. Tetapi, saya bukan
peluncur yang pantas. Sebab takut kalau terpatah kaki atau lengan,
susahlah nak susun atur kad nanti," ujar Berg.
Back to top Go down
http://teratak.forumotion.com
nurulshafika2692
Executive
Executive
nurulshafika2692


Female
Posts : 3414
Age : 31
Location : Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Status : single and available (nak berkenalan??????)
Joined : 2009-06-20

Bakat Berg susun atur kad Empty
PostSubject: Re: Bakat Berg susun atur kad   Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeMon Nov 02, 2009 1:51 pm

kalau ni my bf, bertuah...
Back to top Go down
http://www.nurulshafikaahmad.blogspot.com/
qaidah
Manager
Manager
qaidah


Male
Posts : 7753
Age : 42
Location : kualo pilah telapak adat
Status : laki bini
Joined : 2009-06-05

Bakat Berg susun atur kad Empty
PostSubject: Re: Bakat Berg susun atur kad   Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitimeTue Nov 03, 2009 6:05 pm

huh..perlukan mentel yg kuat ni
Back to top Go down
Sponsored content





Bakat Berg susun atur kad Empty
PostSubject: Re: Bakat Berg susun atur kad   Bakat Berg susun atur kad I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Bakat Berg susun atur kad
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Koleksi Gambar di TGPL :: Gambar Pelbagai-
Jump to: