Krew dedah kata akhir MichaelAKSI Michael Jackson ketika membuat latihan penuh akhir dalam filem This Is It .
LOS ANGELES - Kata-kata akhir Michael Jackson sebelum kematian
tragisnya pada Jun lepas didedahkan beberapa krew penyanyi berkenaan
dalam filem
This Is It, lapor sebuah akhbar semalam.
"Kami berjaya menamatkan sesi latihan seperti yang sepatutnya
dipersembahkan menerusi siri konsert di Arena O2, London," kata
pengarah filem itu, Kenny Ortega.
"Michael berdiri di depan sebuah pentas di sini, Amerika Syarikat
pada malam itu (malam sebelum dia meninggal dunia) lalu berkata, Inilah
impian saya. Kita berjaya Kenny. Kita melakukannya dengan baik,"
tambahnya.
"Kami berasa seperti berada dalam pesawat menuju ke London. Michael
kemudian menambah, anda dapat merasai kegemilangan kita di London, anda
dapat menghidunya," jelas Ortega.
Konsert Michael di O2 merupakan acara gilang- gemilang lengkap
dengan pencahayaan menakjubkan, pertunjukan piroteknik dan pancaran
imej tiga dimensi (3D).
Penyanyi bergelar Raja Pop itu turut mengundang barisan penyanyi
popular seperti Mick Jagger, Bono dan Lady Gaga bagi memeriahkan lagi
siri konsert tersebut.
Seorang bekas penari latar Michael, Devin Jamieson memberitahu, Raja
Pop benar-benar bersemangat untuk melakukan persembahan di sebalik
masalah kesihatan yang dihadapinya.
"Dia tidak boleh duduk diam. Dia terus bergerak dan mencuba beberapa gerak tari baru," katanya. - Agensi