Isteri Rooney hampir bersalin?ROONEY dan isterinya, Coleen.
MANCHESTER - Ketiadaan bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris,
Wayne Rooney dalam beberapa sesi latihan pasukan Manchester United (MU)
mencetuskan spekulasi bahawa isterinya, Coleen akan bersalin pada
bila-bila masa, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia berikutan laporan sebelum ini bahawa kandungan isteri bintang
pasukan England tersebut kini sudah sembilan hari melebihi tarikh
jangkaan bersalin.
Berdasarkan perkembangan tersebut, Rooney hampir pasti tidak akan
beraksi membantu MU menentang kelab bola sepak Rusia, CSKA Moscow di
Stadium Old Trafford, di sini hari ini.
Kelab Inggeris yang popular dengan jolokan 'Setan Merah' itu
memiliki rekod cemerlang kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan
pembukaan Liga Juara-Juara.
MU kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk membolehkannya beraksi pada pusingan kalah mati liga berkenaan.
Selain Rooney, dua lagi tonggak MU iaitu pemain pertahanan Rio
Ferdinand dan Nemanja Vidic juga tidak dapat beraksi menentang CSKA
Moscow kerana faktor kecederaan. - Agensi