Thai ancam KembojaSEORANG anggota polis mengawal Kedutaan Kemboja di Bangkok semalam.
BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam akan membatalkan
perjanjian penerokaan gas dan pet- roleum dengan Kemboja sebagai reaksi
balas terhadap keengganan Phnom Penh memecat bekas perdana menteri,
Thaksin Shinawatra yang sebelum ini dilantik sebagai penasihat ekonomi.
Kerajaan Thailand turut memberi amaran untuk menutup semua pintu
sempadan kedua-dua negara sehari selepas kedua-dua negara memanggil
pulang duta masing-masing berikutan pelantikan Thaksin.
Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata, perjanjian penerokaan
cari gali minyak di Teluk Thailand itu ditandatangani pada 2001 ketika
Thaksin masih berkuasa.
Thaksin yang dilantik menjadi perdana menteri sebanyak dua kali
digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada September 2006.
Beliau melarikan diri dari Thailand untuk hidup sebagai pelarian
sejurus sebelum Sukan Olimpik tahun lalu bagi mengelak hukuman penjara
yang dijatuhi terhadapnya atas kesalahan rasuah serta salah guna kuasa.
"Kementerian Luar memutuskan untuk menamatkan memorandum
persefahaman antara Thailand dan Kemboja untuk membangunkan kawasan
bertindih yang ditandatangani semasa Thaksin berkuasa," kata Kasit.
Menurut Kasit, penerokaan minyak itu membabitkan kawasan 26,000 kilometer persegi.
Sementara itu, Kemboja berkata, perjanjian itu menjelaskan mana-mana
pihak tidak boleh mungkir janji untuk membangunkan kawasan tersebut.
"Saya tidak nampak ada sebarang perkara atau ayat yang membenarkan
mana-mana pihak yang menandatangani persefahaman itu untuk menamatkan
perjanjian," kata Perunding Kanan Kemboja, Var Kimhong. - AFP