Firaun Tut anak sumbang mahramGAMBAR fail menunjukkan wajah Firaun Tut yang dipamerkan di makamnya di Lembah Raja-Raja dekat Luxor, Mesir.
WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik antarabangsa mendapati firaun
terkenal, Tutankhamun atau lebih dikenali sebagai Firaun Tut memiliki
kaki bengkok sebelah dan berjalan menggunakan tongkat, kata laporan
kajian yang disiarkan semalam.
Penyelidik-penyelidik dari Mesir, Itali dan Jerman dalam kajian itu
mendedahkan penemuan tersebut menerusi ujian genetik moden dan
teknologi komputer bagi mengesan rahsia misteri Tut yang meninggal
dunia semasa berusia 19 tahun.
Mereka mendapati Tut yang menduduki takhta selama sembilan tahun
iaitu dari 1333 hingga 1324 Sebelum Masihi (SM) mati akibat penyakit
malaria dan bukan disebabkan kes kemalangan, keracunan makanan atau
sengaja dibunuh.
Hasil maklumat kromosom Y, penyelidik mendapati Akhenaten iaitu
firaun kontroversi yang memerintah dari 1351 hingga 1334 Sebelum Masihi
ialah bapa Tutankhamun.
Namun, ibu Tut ialah adik Akhenaten.
Ia menunjukkan bahawa Tut anak hasil hubungan sumbang mahram.
Penyelidik mendapati, tiada bukti Tutankhamun dan bapanya memiliki
bentuk fizikal seperti wanita seperti gambaran yang terdapat pada
kebanyakan artifak berusia 3,000 tahun. - AFP