Organisasi Teratak Gambar | Chairman Vice Chairman CEO (Founder) Directors (Administrators) Secretary General Manager (Super Moderator cum Admin) Technical Manager (Technical Moderator) Managers (Moderators) Assistant Manager (Junior Moderator) Chatbox Manager (Chatbox's Moderator) Marketing Executive (Active in recruiting new members) Executive (Most active members) |
Latest topics | » tanda tanda awal jatuh cintaSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ? Wed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey» Adakah anda dapat cari kesilapan?Thu Dec 06, 2012 4:43 am by fais» kenduri besar-besaran Thu Dec 06, 2012 4:40 am by fais» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers MalaysiaThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais» assalamualikumThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais» Fasha sanda kaki rokok?Thu Dec 06, 2012 4:33 am by fais» Serangga Pelik Berbentuk DaunThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais» Mata Dalam Kemaluan?...Thu Dec 06, 2012 4:23 am by fais» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?Thu Dec 06, 2012 3:58 am by fais» lubang gergasi Sun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah» Fosil Bulu Burung Pertama DitemuiSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah» dirakamkan semasa kebakaranSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,Wed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru» Ilusi Optik..Lipatan Gambar Fri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey |
Poll | | Teratak Gambar Pte. Ltd | Membosankan | | 9% | [ 5 ] | Biasa | | 14% | [ 8 ] | Menarik | | 78% | [ 45 ] |
| Total Votes : 58 |
|
Disclaimer | • TGPL does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL. • Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions. |
|
| MIMPI SEORANG GADIS !!!! | |
| | Author | Message |
---|
fais Assistant Manager
Posts : 277 Age : 44 Location : rawang -selangor Status : single Joined : 2010-07-16
| Subject: MIMPI SEORANG GADIS !!!! Wed Jul 21, 2010 3:32 am | |
| Bismillahirrahmanirrahim ...
Untuk Renungan Bersama..... . Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Sama-sama lah kita doakan agar ALLAH SWT melindungi dan menjauhkan kita dari sifat kebakhilan .....AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN | |
| | | qaidah Manager
Posts : 7753 Age : 43 Location : kualo pilah telapak adat Status : laki bini Joined : 2009-06-05
| Subject: Re: MIMPI SEORANG GADIS !!!! Sat Jul 24, 2010 12:36 am | |
| | |
| | | zam VVIP
Posts : 2302 Joined : 2008-06-20
| Subject: Re: MIMPI SEORANG GADIS !!!! Sat Jul 24, 2010 1:36 pm | |
| | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MIMPI SEORANG GADIS !!!! | |
| |
| | | | MIMPI SEORANG GADIS !!!! | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |