TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
TGPL @ facebook
 
Click
 
 
Bilik Tetamu
Organisasi Teratak Gambar
Chairman
 
Vice Chairman
 
CEO
(Founder)
 
 Directors
(Administrators)
 
Secretary
 
General Manager
(Super Moderator cum Admin)
 
Technical Manager
(Technical Moderator)
 
Managers
(Moderators)
  
Assistant Manager
(Junior Moderator)
 
Chatbox Manager
(Chatbox's Moderator)
 
Marketing Executive
(Active in recruiting new members)
 
Executive
(Most active members)
Latest topics
» tanda tanda awal jatuh cinta
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeSun Dec 16, 2012 2:48 am by apai_chey

» Mengapa Jam Menunjukkan Jam 10.10 ?
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeWed Dec 12, 2012 9:33 am by apai_chey

» Adakah anda dapat cari kesilapan?
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:43 am by fais

» kenduri besar-besaran
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:40 am by fais

» Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:38 am by fais

» assalamualikum
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:35 am by fais

» Fasha sanda kaki rokok?
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:33 am by fais

» Serangga Pelik Berbentuk Daun
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:29 am by fais

» Mata Dalam Kemaluan?...
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 4:23 am by fais

» Uri Manusia Dibuat Sup Untuk Kecantikan ?
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeThu Dec 06, 2012 3:58 am by fais

» lubang gergasi
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:10 pm by qaidah

» Fosil Bulu Burung Pertama Ditemui
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 6:07 pm by qaidah

» dirakamkan semasa kebakaran
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeSun Apr 29, 2012 5:57 pm by qaidah

» skill terpendam..baru la ader yg sudi snap pic haku,,
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeWed Feb 08, 2012 5:19 pm by michiru

» Ilusi Optik..Lipatan Gambar
MyEG Services Berhad I_icon_minitimeFri Jan 27, 2012 12:35 am by apai_chey

Poll
Teratak Gambar Pte. Ltd
Membosankan
MyEG Services Berhad I_vote_lcap9%MyEG Services Berhad I_vote_rcap
 9% [ 5 ]
Biasa
MyEG Services Berhad I_vote_lcap14%MyEG Services Berhad I_vote_rcap
 14% [ 8 ]
Menarik
MyEG Services Berhad I_vote_lcap78%MyEG Services Berhad I_vote_rcap
 78% [ 45 ]
Total Votes : 58
Disclaimer
TGPL  does not guarantee the reliability, completeness, accuracy, timeliness or up-to-date-ness of the material presented on the Forum Board. The material (photos, videos or texts) is published "as is", and does not represent the official views and opinions of TGPL.
 
• Any reliance upon the Material presented on these forums shall be at User's own risk.TGPL does not review the substance of the content posted by users on these forums and is therefore not responsible for any of such content. TGPL merely provides a space for its users to express and exchange their own opinions.
 

 

 MyEG Services Berhad

Go down 
AuthorMessage
fais
Assistant Manager
Assistant Manager
fais


Male
Posts : 277
Age : 44
Location : rawang -selangor
Status : single
Joined : 2010-07-16

MyEG Services Berhad Empty
PostSubject: MyEG Services Berhad   MyEG Services Berhad I_icon_minitimeSun Aug 08, 2010 7:45 pm

MyEG Services Berhad : www.myeg.com.my
1 Siapakah MyEG Services Berhad?
MyEG Services Berhad di lantik oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan kerajaan
elektronik. Perkhidmatan utama yang disediakan adalah:
a. JPJ- Pembaharuan Lesen Memandu / Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
dan insuran.
b. PDRM - Semakan dan pembayaran saman.
c. Jabatan Insolvensi Malaysia - Semakan Status kebankrapan individu dan pengulungan
syarikat.
d. DBKL - Cukai Taksiran / Semakan Kompaun dan pembayaran.
e. JPN – Perkhidmatan Penggantian myKad
f. Tenaga Nasional – Penyemakan dan Pembayaran Bil
g. Telekom Malaysia – Penyemakan dan Pembayaran Bil

2. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui insuran dan LKM dengan MyEG?
Mudah! Anda cuma perlu menghubungi 03-78018888 dan kami akan membantu anda. Anda hanya perlu memberitahu kami:
a. Nombor Pendaftaran Kenderaan dan No Kad Pengenalan
b. Jenis Kenderaan
c. Kapasiti enjin
d. Tahun dibuat
e. Nilai perlindungan
f. Cermin tingkap (pilihan)

Kami akan menghantar email sebut harga kepada anda dengan jumlah bayaran insuran dan cukai jalan. Jika anda berpuas hati dengan nilai sebut harga tersebut, anda hanya perlu klik untuk membuat bayaran. Setelah urusan berjaya, kami akan membuat penghantaran cukai jalan hari bekerja berikutnya.

Perkhidmatan ini juga terdapat di dalam muka utama laman web MyEG. Buat masa ini
perkhidmatan ini tidak memerlukan anda mendaftar atau log masuk ke dalam laman web.
Anda juga mempunyai pilihan untuk mwngunjungi Cawangan kami di seluruh Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan. Maklumat lanjut tentang cawangan kami boleh diperolehi di www.myeg.com.my

3. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui lebih lanjut berkenaan kenderaan dan
insuran saya?
Kami akan mengesahkan semua maklumat yang diberi dengan pihak JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak tepat atau tidak lengkap, kami akan terus menghubungi anda semula untuk melengkapkan proses permohonan.
4. Bagaimana pula dengan Geran/kad pendaftaran kenderaan?
Dengan MyEG, anda tidak lagi perlu mencetak geran/kad pendaftaran kenderaan anda. Jika perlu (untuk sebarang tuntutan) anda boleh pergi kemana-mana cawangan MyEG di seluruh negara dan anda boleh membuat cetakan. Walaubagaimanapun, anda boleh terus memperbaharui cukai jalan untuk tahun berikutnya.
5. Saya dengar MyEG ada memberi diskaun untuk insurans dan cukai jalan sebanyak 30%?

MyEG ada menawarkan pakej menarik untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan. Jika anda membeli insuran dan memperbaharui cukai jalan dengan MyEG, anda akan mendapat:
a. Diskaun sehingga 30% dari cukai jalan.
b. Menjadi salah satu dari 5 orang untuk pemenang bertuah bagi tiap-tiap 100
pembaharuan, dimana pemenang akan mendapat cukai jalan percuma.
c. Kami juga menghantar cukai jalan ke rumah anda secara percuma.
d. Jika anda terpilih sebagai pelanggan VIP MyEG. Anda boleh saja terus
menghubungi perkhidmatan kami dari segi bantuan peribadi kepada
kenderaan anda yang mengalami masalah. Ini juga termasuk untuk bantuan
membuat tuntutan dengan syarikat insuran. Kami juga memberi
perkhidmatan untuk sebarang diskaun bagi saman JPJ dan juga PDRM. Anda
juga akan menikmati layanan VIP dari promosi yang akan diadakan dari masa
ke masa.

6. Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang memiliki kenderaan yang berdaftar dengan pihak Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia.

7. Apakah faedah yang saya perolehi dengan memperbaharui cukai jalan di MyEG?

a. Sekiranya anda mempunyai capaian internet; anda boleh layari ke laman web
MyEG, dan membuat permohonan dengan mudah dan selesa sama ada di rumah
atau di pejabat. Perkhidmatan ini juga membolehkan anda meluangkan masa
secara ringkas dan dapat menjimatkan masa dan kos. Perkhidmatan ini boleh di
buat di mana-mana saja.
b. Selain dari itu, anda tidak memerlukan kad pendaftaran kereta/geran untuk
melengkapkan proses pembaharuan.

8. Adakah selamat dengan memperbaharui cukai jalan saya di MyEG?

Ya, proses ini adalah selamat dan terjamin. Perkhidmatan dalam talian melalui laman web MyEG Services Berhad di audit, disahkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan telah memberi mandat kepada MyEG untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan secara dalam talian.

9. Apakah jenis kenderaan yang boleh diperbaharui cukai jalan secara dalam talian di MyEg Services Berhad?

Kami menyediakan perkhidmatan pembaharuan kepada semua jenis kendaraan PERSENDIRIAN (kecuali motosikal yang akan di lancarkan kemudian).

10. Bagaimana cara saya memastikan transaksi saya berjalan lancar?
Untuk semua transaksi yang berjaya, pihak kami akan mengeluarkan resit eservices. Jika berlaku sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak kami untuk bantuan di 03-7801 8888
11. Apakah jenis dan pilihan pembayaran yang disediakan?
Buat masa ini, terdapat 2 jenis pembayaran yang disediakan untuk perkhidmatan ini
o Kad Kredit - Visa atau Mastercard
o FPX- pemotongan terus dari akaun bank.

12. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika saya mempunyai saman trafik
tertunggak?

Semasa proses pembaharuan, sistem Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyemak semuatunggakan saman dan rekod senarai hitam dari rekod di JPJ dan PDRM. Untuk meneruskanpembaharuan ini, anda di kehendaki untuk menyelesaikan semua kesalahan lalulintas yang direkodkan.

13. Bolehkan saya membayar saman trafik saya secara dalam talian?

Sekiranya maklumat untuk permohonan anda disekat disebabkan saman tertunggak, anda boleh membuat pembayaran saman melalui laman web kami terlebih dahulu sebelum meneruskan pembaharuan cukai jalan anda. Jika saman tersebut mempunyai waran tamat tempoh, anda dikehendaki ke kaunter untuk menyelesaikan saman tersebut. Setelah saman yang tertunggak dijelaskan, anda boleh meneruskan proses pembaharuan tersebut.

14. Bagaimana saya akan menerima cukai jalan setelah saya selesai membuat
pembayaran?
a. Kami akan membuat khidmat penghantaran ke rumah anda dengan kadar
bayaran penghantaran seperti berikut:

Lembah Klang : RM6.00 (pada hari bekerja berikutnya)
Semenanjung Malaysia : RM8.00 (dalam masa 2-3 hari bekerja)
Sabah & Sarawak : RM10.00 (dalam masa 5 hari bekerja)
b. Pengesahan cap ibu jari biometriks akan dilakukan untuk SEMUA
PENGHANTARAN oleh Pegawai Logistik MyEG Services untuk mengesah dan
merekodkan butiran penerima cukai jalan tersebut.

15. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan lebih dari 1 dalam satu masa?

Anda boleh memperbaharui lebih dari 1 cukai jalan bagi pihak lain dalam satu-satu masa.

16. Dimanakah saya boleh menyemak transaksi pembayaran saya?
Buat masa ini pembayaran anda di cetak pada resit yang akan dikeluarkan sebaik sahajapembaharuan LKM berjaya.

17. Berapakah kadar pembayaran yang dikenakan untuk pembaharuan cukai jalan
secara dalam talian?

Kadar yang dikenakan merangkumi kadar cukai jalan, yuran perkhidmatan dan yuran
penghantaran.

18. Apa akan terjadi jika pembayaran saya di tolak?
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan pembayaran anda di tolak. Masalah yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
a. Kad Kredit – merujuk kepada status kad kredit anda di mana anda dikehendaki
menyemak semula dengan pihak bank tentang masalah yang dihadapi.
b. Gangguan sistem yang terputus-putus
Kadangkala sistem ini mengalami gangguan rangkaian atau seluruh sistem. Jika
berlaku, sila lakukan proses pembaharuan semula.
Peringatan: Pengguna dinasihatkan menggunakan talian 'broadband' untuk mengelakkan
berlaku ganggun sistem.

19. Bolehkan saya mendapat resit sesudah membuat pembayaran?

Setiap pembayaran yang berjaya akan disusuli dengan resit e-khidmat. Sila cetak dan simpan resit ini untuk rujukan di masa hadapan.

20. Siapa yang boleh saya hubungi untuk bantuan?
Anda boleh menghubungi talian berikut, Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Khidmat Pelanggan - 03-7801 8888

21. Adakah perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa?
Perkhidmatan ini disediakan 24 jam tiap-tiap hari.

22. Kenapa saya boleh mendapat mesej ralat ' Tiada Rekod Insurans yang sah'?
Lazimnya, kerana tiada perlindungan insurans yang sah pada masa cukai jalan diperbaharui. Contoh:
Tarikh transaksi: 25/08/08
Cukai Jalan Tamat Tempoh : 06-09-2008
Insurans : 07-09-2008 hingga 06-09-2009

Transaksi di atas gagal kerana tiada insurans sah pada masa cukai jalan yang
diperbaharui. Anda mungkin membeli kereta dari pemilik terdahulu dan pemilik tersebut
telah pun membatalkan insuransnya.
Walaupun tempoh cukai jalan belum tamat, kereta tersebut tiada perlindungan insurans.
Penyelasaiannya : Sama ada melakukan perubahan pada tarikh insurans ke tarikh
pembaharuan cukai jalan atau batalkan insurans semasa dan perbaharui insurans mengikut tarikh semasa.

23. Bagaimana cara untuk saya membuat tuntuan bagi kerosakkan?

a. Etiqa Takaful Helpline - hubungi 1-300-88-1007 untuk bantuan
b. RHB Insurance Helpline - hubungi 1-300-88-0881 untuk bantuan

24. Jika kenderaan saya hilang, adakah saya akan mendapat pembayaran penuh
insurans?

Tuntutan yang di buat adalah berpandukan kepada harga pasaran semasa kenderaan. Oleh itu
kami mengesyorkan nilai kereta anda dilindungi mengikut kadar insuran semasa harga
pasaran.

25. Adakah anda menawarkan kenderaan gantian semasa kenderaan berada di bengkel?

Tuntutan kerugian diberikan untuk pihak ketiga sahaja, kebanyakan syarikat insurans tidak mengalukan tawaran kenderaan sementara tetapi ia bergantung di atas budi bicara pihak insurans itu sendiri. Sebagai pilihan, pihak insurans selalunya mengantikan tuntutan tersebut dengan wang tunai.
Bagi tuntutan ke atas perlanggaran 2 kenderaan disebabkan kecuaian pengguna kenderaan tersebut, tiada penggantian kenderaan sementara akan diberikan.

26. Apakah itu Ekses (Lebihan)?
Lebihan ialah jumlah perlu dibayar oleh pemilik insuran yang kebiasaannya dikira pada kadar 1% daripada jumlah kenderaan di insurankan. Contoh jumlah dinsurankan RM50,000. Lebihan ialah RM500. Jika ada tuntutan berjumlah RM10,000; syarikat insurans akan membayar pengguna sebanyak RM9,500 dan pengguna perlu membayar lebihan sebanyak RM500.


info: ada seorang rakan sy mengatakan bahawa

kalau hampa buka myeg ni and check korang punya saman....

korang akan diblack list kan,..,..

dah 4 tahun aku renew roadtax tadak masalah....

yang aku ada saman yang tak pernah aku sain...kira saman ekor la...
aku dah kena...
ada 4 saman...tak pernah kena black list....


saman yang aku sain aku dah bayar...sebab yang tu confirm black list...

pastu aku gatai tangan pi la check saman aku kat my eg ni...

ingatkan tadak apa...saja nak tau ja kan....

mggu lepas roadtak motor mati...pi la buat....KENA BLACK LIST aku cakap kat ko....

tension aku....mula la aku maki depa noi.....last2 terpkasa nbayar.....300 ringgit...tanpa kompaun...haram betul la....tension pon ada....

baru leh ambik roadtax....

so.. sy xleh nak kata sama ada 100% ianya betul yg dikatakan oleh rakan sy...oleh itu pikir dulu sebelum nak check
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ActorFaiz
fais
Assistant Manager
Assistant Manager
fais


Male
Posts : 277
Age : 44
Location : rawang -selangor
Status : single
Joined : 2010-07-16

MyEG Services Berhad Empty
PostSubject: Re: MyEG Services Berhad   MyEG Services Berhad I_icon_minitimeMon Aug 09, 2010 6:30 pm

info: ada seorang rakan sy mengatakan bahawa

kalau hampa buka myeg ni and check korang punya saman....

korang akan diblack list kan,..,..

dah 4 tahun aku renew roadtax tadak masalah....

yang aku ada saman yang tak pernah aku sain...kira saman ekor la...
aku dah kena...
ada 4 saman...tak pernah kena black list....


saman yang aku sain aku dah bayar...sebab yang tu confirm black list...

pastu aku gatai tangan pi la check saman aku kat my eg ni...

ingatkan tadak apa...saja nak tau ja kan....

mggu lepas roadtak motor mati...pi la buat....KENA BLACK LIST aku cakap kat ko....

tension aku....mula la aku maki depa noi.....last2 terpkasa nbayar.....300 ringgit...tanpa kompaun...haram betul la....tension pon ada....

baru leh ambik roadtax....

so.. sy xleh nak kata sama ada 100% ianya betul yg dikatakan oleh rakan sy...oleh itu pikir dulu sebelum nak check
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ActorFaiz
 
MyEG Services Berhad
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TGPL : Teratak Gambar Pte. Ltd. :: Ruangan Ahli-Ahli TGPL :: Artikel-
Jump to: