Parti bertukar tragedi
|
CHEYENNE
|
NEW YORK - Hasrat seorang remaja meraikan hari ulang tahun
kelahirannya yang ke-16 berkecai setelah sekumpulan samseng merosakkan
partinya, lapor sebuah akhbar semalam,
Remaja itu, Cheyenne Jeudy mengambil masa beberapa bulan untuk
merancang parti tersebut namun majlis melibatkan kos AS$50,000
(RM177,775) di dewan katering Queens berakhir dengan beberapa gadis
remaja dicabul.
Samseng itu mabuk kerana mereka menghadiri satu majlis perkahwinan di dewan berdekatan.
Dalam satu saman yang dikemukakan di sebuah mahkamah di sini oleh
peguam Denise Jeudy mendakwa, parti yang diuruskan oleh syarikat
Russo's on the Bay tidak mempunyai pengawal keselamatan bertugas sekali
gus menyebabkan kejadian itu berlaku.
"Mereka (samseng) mabuk. Mereka mengganggu rakan-rakan saya ketika
kami menari. Rakan-rakan saya ditolak ke lantai. Saya malu dan marah,"
kata Cheyenne. Menurut ibu Cheyenne, anaknya menghabiskan masa beberapa
bulan untuk merancang parti tersebut.
Sebahagian saudara Cheyenne itu datang dari Trinidad dan Kanada manakala kostum tarian parti tersebut menelan kos yang tinggi.
Berikutan kes tersebut, empat lelaki dari Brooklyn iaitu Neville
Laibhen, Einstein Laibhen, Steve Perrin dan Andy Delbrun ditahan kerana
menyerang dan memiliki senjata dalam satu kejadian pada Julai tahun
lalu.
Kesemua empat lelaki itu dinamakan dalam writ saman tersebut dengan meminta ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar. - Agensi