Parti remaja jadi lokasi pergaduhanKANAN: JORDAN (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya.
SERAMAI 70 anggota polis dikerah meleraikan pergaduhan yang berlaku dalam satu parti di Farnborough, England.
FARNBOROUGH - Seramai 70 anggota polis yang dibantu dengan
helikopter dan anjing pengesan dikerah meleraikan pergaduhan dalam satu
parti di Farnborough, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergaduhan tersebut berlaku selepas 150 tetamu yang tidak diundang menyertai parti itu setelah mereka membacanya di laman
Facebook.
Parti itu dianjurkan oleh dua remaja iaitu Seva Nurueva yang berumur
15 tahun dan Jordan Wright yang berusia 17 tahun di rumah mereka yang
terletak saling berdekatan pada Sabtu lalu.
Pada pukul 10 malam waktu tempatan, sekumpulan remaja yang tidak
diundang merosakkan meja di rumah Jordan dan pergaduhan tercetus kerana
mereka berada dalam keadaan mabuk.
Bapa tiri Nurueva berkata: "Saya berpendapat dua remaja itu (anak
tirinya dan Wright) berasa bangga kerana mereka menjadi bahan berita.
"Saya memberitahu mereka, tidak ada apa yang perlu dibanggakan. Ia merupakan perbuatan yang bodoh dan memalukan." - Agensi