Batu bulan mungkin dicuri?GAMBAR fail menunjukkan batu bulan palsu di Muzium Rijksmuseum, Amsterdam, Belanda.
AMSTERDAM - Perhatian kepada negara-negara sedunia!
Adakah pemerintah negara-negara itu mengetahui di manakah batu bulan
yang pernah diterima semasa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS),
Richard Nixon pada tahun 1970-an?
Penemuan batu bulan palsu di sebuah muzium di Belanda sepatutnya
menyedarkan lebih 130 negara yang menerima hadiah batu bulan itu.
Hampir 270 batu bulan yang dibawa oleh angkasawan-angkasawan AS diberikan kepada sejumlah negara oleh pentadbiran Nixon.
Namun, menurut beberapa pakar dan penyelidikan agensi berita
AP, lokasi sebahagian batu bulan itu tidak diketahui.
"Tidak ada keraguan dalam pemikiran saya bahawa kebanyakan batu
bulan sudah hilang atau dicuri dan kini menjadi koleksi peribadi," kata
bekas penyiasat kerajaan yang mengendalikan projek mengesan harta
bulan, Joseph Gutheinz.
Kajian
AP melalui maklumat Jabatan Negara AS dan beberapa
kedutaan AS pada 1973 menunjukkan batu bulan pernah dihadiahkan kepada
pemerintah Switzerland, Belgium, Itali, Barbados, Perancis, Poland,
Norway, Costa Rica, Mesir dan Nepal.
Pentadbiran Ecuador dan Cyprus antara beberapa negara yang mengaku
tidak pernah mendengar batu itu walaupun pernah menerimanya. - AP