Ibu kurung anak 54 bulan dalam almari
|
LARHONDA MARIE MCCALL
|
BANDAR OKLAHOMA - Seorang wanita ditahan polis selepas anak
lelakinya yang berusia 14 tahun mendakwa dikurung di dalam almari
pakaian selama empat tahun setengah, kata polis kelmarin.
Seorang pengawal keselamatan di sini menghubungi polis selepas
remaja itu mendapatkan pertolongannya setelah berjaya melarikan diri
dari rumah pada Jumaat lalu.
"Dia lapar, kotor dan mempunyai banyak kesan calar. Saya sangat sedih," kata Sarjan Gary Knight.
|
STEVE VERN HAMILTON
|
Remaja itu dihantar ke hospital untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kemanusiaan (DHS), kata Knight.
Tambah Knight, remaja itu berpindah ke Oklahoma dari New Jersey selepas ibunya dibebaskan dari penjara.
Remaja tersebut mendakwa dia melepaskan diri setelah berjaya menolak penghadang almari.
Polis pada Sabtu lalu menahan ibu remaja itu, LaRhonda Marie McCall,
37, dan rakannya, Steve Vern Hamilton, 38, atas 20 aduan kerana
mengabaikan kanak-kanak serta penderaan.
Tuduhan rasmi masih belum dikemukakan tetapi kedua-dua suspek
dikenakan bon AS$400,000 (RM1.4 juta), menurut sejumlah rekod penjara.
- AP