Ibu tak mengaku rogol anak lelakinyaDETROIT - Seorang ibu muda, Aimee Louise Sword (gambar) mengaku
tidak bersalah selepas didakwa menjejaki, menggoda dan merogol anak
lelakinya yang diserah untuk dijadikan anak angkat sedekad lalu, lapor
sebuah akhbar semalam.
Sword, 35, yang berasal dari sini, Amerika Syarikat (AS) akan
berdepan tiga dakwaan jenayah seks pada minggu ini kerana merogol anak
kandung sendiri.
Pihak pendakwa raya berkata, budak lelaki itu masih berada di bawah
umur tetapi enggan mendedahkan sama ada mangsa mengetahui wanita
tersebut ialah ibunya.
Jenayah itu mengejutkan pakar-pakar sakit jiwa yang menggelarkan kes tersebut sebagai 'keji'.
Mereka turut bimbang mangsa akan diserang trauma akibat insiden yang berlaku terhadap dirinya.
"Ia satu mimpi ngeri kepada mangsa. Hubungan seks (dengan ibunya)
itu mungkin hubungan seks pertama mangsa tetapi pengalaman itu sesuatu
yang terlarang dan akan menghantui mangsa sepanjang hidupnya," kata
seorang pakar psikiatri Hospital Sinai Grace, Dr. Gerald Shiener.
Sementara itu, peguam Sword, Kenneth Burch berkata, anak guamnya
menganggap dia tidak bersalah dan tertekan dengan semua dakwaan yang
dikenakan terhadapnya. - Agensi