Isteri enggan mengaku khalwatOleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
|
HARLINA
|
|
GAMBAR yang dirakam pada 24 September lalu ketika Mohd. Sazali membawa kek buah sempena hari jadi Harlina.
|
KANGAR - Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas
dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki
berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah
dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani,
Kedah didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Syariah negeri
Perlis kerana berkhalwat.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan pukul 5.30 pagi pada 24
September lalu di Hotel Putra Palace, di sini bersama pasangannya Yeoh
Wei Meng, 30, yang bukan muhrim beliau.
Ketua Hakim Syarie, Osman Ibrahim memutuskan ikat jamin sebanyak
RM5,000 dikenakan ke atas Harlina selepas dia mengaku tidak bersalah.