Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak Carlsberg Brewery!Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!
Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!
Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke
Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja
yang hampir!
Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!
Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat
sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri
Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin
sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini
kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!
Na’uzubillahimin zalik!
Phewwwww!!!!
Ikuti laporan ini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Laporan Reuters : Klik sini
Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc
Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afarD.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.
Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral
Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah
Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul
Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.
Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.
Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!
Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!
Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan
peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan
dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika
mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!
Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis
kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke
kilang arak!
Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya…..
Carlsberg ..oh Carlsberg…berpengarah Melayu rupanya kamu…
Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun….
Sialnya berterusan dibumi bertuah ini…..
Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga
dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan
haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada
murka Allah Azza Wa Jalla!!
Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?
Apa sebabnya?
Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama
Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja
maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta
makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu
ditimpa musibah Allah!
Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan
bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh
haramlah kepimpinan mereka itu!
Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :
Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda :
”
Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke
atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara
beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3
orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat
terhadap mereka?
Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan
waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!
Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama
ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian
lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum
akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan
arahan kementerian itu dan ini.
Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala!
Dah tua dah bro…apake jadahnya nak gentar dengan manusia?
Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan
silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak
sekelian!
Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia
makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama
ini?
Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?
Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?
Kasihan…..