DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui
sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang
dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.
Paul
Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang
baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak
Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di
dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang
sihat.
Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia
mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai
sebelah lagi kaki, tangan dan paha.
"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.
Grabb
berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti
itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan
dengan keturunan.
"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk
biasa. Ia juga mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin,
merujuk kepada kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun
amat jarang berlaku di dalam otak," katanya.